MERIAH JAKEL BARULAH RAYA DI JAKEL SHAH ALAM, BERSAMA DUTA JAKEL DAN LELONGAN SEHINGGA 85 % DISKAUN. Assalamualaikum dan Selamat Petang.. Hai reader semua.
Sabtu lepas, Bonde sempat singgah melihat kemeriahan di Jakel Shah Alam, Majlis yang ditunggu-tunggu oleh para pelanggan Jakel apabila tiba bulan Ramadan dan Syawal iaitu Lelongan harga "Happy Hour" semua sedia maklum masa ini lah yang paling sesuai untuk membeli pakaian dan koleksi-koleksi dari duta. Kerana mereka akan membuat sendiri lelongan koleksi mereka. Shah Alam, 20 Mei 2018 adalah destinasi ke 2 untuk Jakel Barulah Raya tahun ini adalah di Wisma Jakel Shah Alam. Jakel Trading Sdn Bhd menampilkan sekali lagi selebriti duta raya Jakel kepada pengunjung di Shah Alam untuk mempromosikan koleksi pakaian raya. MERIAH JAKEL BARULAH RAYA DI JAKEL SHAH ALAM, BERSAMA DUTA JAKEL DAN LELONGAN SEHINGGA 85 % DISKAUN.
MERIAH JAKEL BARULAH RAYA DI JAKEL SHAH ALAM, BERSAMA DUTA JAKEL DAN LELONGAN SEHINGGA 85 % DISKAUN
Majlis kali ini dimeriahkan oleh selebriti Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara) serta Hanis Zalika, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan tidak dilupakan Harith Iskandar dan Pastinya Upin dan Ipin.
Menurut Tuan Haji Mohamed Izani b. Mohamed Jakel Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah satu aktiviti wajib dalam kalender promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan.
"JAKEL BARULAH RAYA"
Selain bertemu pelanggan Jakel, Majlis ini dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan "happy Hour" untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Promosi kepada 100 pelanggan yang terawal akan mendapat baju melayu percuma! wow.. bestkan!
[KOLEKSI BAJU MELAYU JAKEL]
Untuk Koleksi Baju melayu pula Jakel menawarkan 4 Koleksi Baju Melayu iaitu :
Baju Melayu Aron Aziz
Ini direka khas dan khusus dengan memberikan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan, keistimewaan koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaharu khas 2018 direka daripada pelbagai jenis Fabrik serta warna pelbagai. Warna yang bakal popular tahun ini adalah warna hijau burung merak ataupun dikenali dengan warna teal green.
Baju Melayu Nabil Ahmad
Berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit yang digemari ramai. Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi bernilai dengan menawarkan variasi pilihan warna yang boleh dipilih. Warna yang bakal popular untuk koleksi Nabil Ahmad ialah warna maroon atau dikenali sebagai warna merah hati.
Baju Melayu Awal Ashaari
Berpotongan moden kotemporari dan mempunyai label AA pada bahagian poket hadapan baju memberikan sisi segak pada penampilan warna yang bakal popular adalah navy blue.
Baju melayu Harith Iskander
Yang di reka khas berkonsepkan moden kontemporari, potongan plus size untuk mereka yang bersaiz comel dibawah label Baju Melayu Harith Iskander. Warna yang bakal popular adalah "yellow buttercup"
Setiap pembelian Koleksi Baju Melayu akan di beri secara percuma butang baju melayu dan sampin. Istimewanya tahun ini Jakel memberi Sampin kain benang yang unik dan cantik Senang dipakai dan memberi keselesaan sepanjang masa. Dengan pelbagai pilihan warna dan ianya hanya esklusif boleh didapati di Jakel.
[KOLEKSI KURTA JAKEL]
Demi memenuhi citarasa pelanggan di samping mengikut Trend mengeluarkan Koleksi Kurta Awal Ashaari dan Hairul Azreen menggunakan fabric cotton yang berkualiti dan mesra wuduk.
[KOLEKSI BAJU KURUNG JAKEL]
Bagi Koleksi Baju Kurung lebih 200 rekaan eksklusif disediakan. Koleksi Baju Kurung Scha Al Yahya, Hanis Zalikha, Ayda Jebat. Koleksi Baju Kurung ini dari jenis fabric yang berkualiti tinggi dan rekaan yang moden dari saiz XS sehingga 5XL di perinci beaded dan lace pasti koleksi baju kurung ini tampak lebih menarik dan moden.
[KOLEKSI KANAK-KANAK JAKEL]
Jakel juga ada Koleksi Kanak-kanak iaitu Koleksi Baju Melayu Upin Ipin, Kurta Yusuf Iskandar untuk kanak-kanak lelaki dan Koleksi Baju Kurung Lara Alana untuk Kanak-kanak perempuan.
Sepanjang Majlis Borak santai bersama Duta Raya Jakel 2018.
Dee Jangan Ketawa selaku Pengacara Majlis
Nabil Ahmad
Harith Iskander
Awal Ashaari & Family
Hairul Azreen & Family
Duta Jakel menyanyikan lagu tema raya Jakel Barulah raya... Boleh tengok dekat You tube Bonde ada kongsikan.
Penyampaian Sumbangan kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR)
Happy Hour! Happy Hour!
Jakel Barulah Raya Jualan Sehingga Malam Raya menawarkan harga yang amat berpatutan untuk koleksi Baju Melayu serendah Rm89.00 dan baju Kanak-kanak Bermula dari Rm39.00 serta acara lelongan dari Duta-duta Jakel dan jualan Happy Hour.
[APPLIKASI BOOST]
Info terkini, Kalau anda tidak cukup wang tunai nak bayar tak perlu bimbang Jakel telah bekerjasama dengan Boost iaitu aplikasi dalam telefon pintar untuk membantu pelanggan membuat bayaran secara dalam talian, selain boleh memperoleh mata ganjaran. (suka tak??? he he he)
Anda jangan lupa dapatkan semua koleksi di Jakel untuk keluarga anda, setahun hanya sekali, apa salahnya kita sama meraikan dan meriahkannya..
" Ingat kain, Ingat Jakel " Jakel Barulah raya"
Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel, boleh layari laman web dan media sosial dibawah.
Website : www.jakel.my
Instagram :https://www.instagram.com/jakel_shahalam/

~ Bonde Senyum Riang ~