KENAPA KURMA JADI KEBENCIAN JIN DAN SYAITAN? Assalamualaikum Dan Selamat Petang. Bonde terbaca di group whatsapp berkaitan buah Kurma ini, jadi suka untuk Bonde kongsikan dengan anda semua... KENAPA KURMA JADI KEBENCIAN JIN DAN SYAITAN?
Kurma seperti yang kita sedia maklum merupakan salah satu makanan sunnah. Tetapi mengapa jin dan syaitan amat membenci buah kurma? Mengapa pula Nabi SAW perintahkan kita untuk memakannya dalam bilangan yang ganjil, seperti 3,5,7, mahupun 11 dan dimakan pada waktu pagi? Tapi seelok-eloknya makan tujuh biji kurma kerana ia baik dari segi agama mahupun menurut fakta sains.
Ini kerana buah kurma memberikan daya perlindungan kepada tubuh manusia dan membuat perisai untuk melindungi tubuh manusia.
Amir bin Saad dari bapanya – berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Lakukanlah ikhtiar perlindungan daripada sihir dengan memakan 7 biji kurma. Penelitian sudah menunjukkan bahawa buah kurma miliki manfaat utama.”
KENAPA KURMA JADI KEBENCIAN JIN DAN SYAITAN?
Kenapa kurma jadi kebencian jin dan syaitan... dan kenapa Nabi SAW makan dalam bilangan ganjil?1. Mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan mencegah saluran darah daripada tersumbat.
2. Mencegah kanser usus besar serta mencegah penyakit buasir dan juga mengurangkan bentuk batu kepahitan serta membantu memberi tenaga kepada wanita hamil dan ketika bersalin, kerana ia mengandungi serat serta merupakan makanan yang baik pencernaan dan gulanya.
3. Mencegah kerosakan gigi kerana mengandungi fluorine.
4. Mencegah racun kerana mengandungi natrium, gallium dan vitamin C.
5. Penyembuhan kepada mereka yang mengalami kekurangan darah merah kerana kurma mengandungi zat besi, tembaga, vitamin B-2.
6. Ubat untuk penyakit lemah tulang kerana kurma mengandungi kalsium, fosfor, vitamin A.
7. Penyembuhan untuk kehilangan selera makan dan kurangnya fokus kerana ia mengandungi gallium.
8. Untuk menyembuhkan kekurangan umum dan jantung berdebar kerana mengandungi magnesium, tembaga.
9. Ubat kanser sendi dan otak kerana mengandungi boron.
10. Anti kanser kerana ia mengandungi selenium.
11. Pengubatan disfungsi ereksi kerana mengandungi boron, vitamin A.
12. Perawatan untuk kulit kering dan penyakit kornea mata kering serta kebutaan malam kerana mengandungi vitamin A.
13. Ubat untuk penyakit saluran pencernaan saraf kerana mengandungi vitamin B1.
14. Merawat rambut gugur dan stres mata serta selaput lendir rongga mulut dan inflamasi bibir kerana mengandungi vitamin B-2.
15. Merawat inflamasi kulit kerana mengandungi vitamin niacin.
16. Ubat untuk penyakit kudis, melemahkan keseluruhan tubuh dan jantung berdebar, sesak nafas dan kecut pembuluh darah serta timbulnya bintik-bintik merah pada kulit, kerana mengandungi Vitamin C, atau ascorbic acid 2 E.
17. Mengubati penyakit kemasaman di perut kerana mengandungi klorin, natrium dan gallium.
18. Merawat penyakit gusi dan kekurangan saluran darah kapilari kerana mengandungi vitamin C.
19. Merawat penyakit kekurangan kekuatan otot dan tulang kerana mengandungi vitamin C.
20. Ubat atasi kekurangan dalam tulang dan gigi, kerana mengandungi Vitamin C, atau ascorbic acid 2 E.
Kongsikan dengan yang lain agar semua mendapat manfaat. Jom amalkan makan kurma setiap hari. Bulan Ramadan ni, kita amalkan setiap kali makan sahur.
copy & paste.
copy & paste.

~ Bonde Senyum Riang ~