RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP UNTUK SAHUR. Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua.
Dah seminggu kita semua berpuasa hari ini adalah hari kelapan namun selalu ramai dikalangan kaum ibu akan jadi pening sahur nak makan apa nak masak apa? Bagi Bonde sahur adalah penting, paling mudah dan paling simple menu nak disediakan dan cepat untuk di makan... tidak terlalu berat untuk dimakan mudah disediakan. RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP UNTUK SAHUR.
RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP UNTUK SAHUR
IKAN BILIS GORENG CILI API
Untuk sekali masak sahaja, Kalau family ramai boleh lebihkan sukatan.
Bahan-bahan :
100 gram - Ikan Bilis
1 Biji - Bawang Besar Holan
6 Biji - Cili Api Merah
6 Biji - Cili Api Hijau
Sedikit Minyak untuk menumis
Sedikit serbuk cukup rasa maggi
Cara-cara Memasak :
Panaskan minyak goreng ikan bilis hingga garing terlebih dahulu, angkat dan ketepikan. Baki minyak tadi tumis bawang cili api merah dan hijau, Bila sedikit layu masukan perencah maggi dan ikan bilis, gaul rata dan sedia untuk di hidangkan.
Menu ini paling mudah dan ringkas untuk dimasak anda boleh tambah telur goreng mata kerbau atau telur dadar.
Menu ni juga bertambah sedap kalau di curahkan titisan kicap manis kipas udang keatas nasi. Yang pastinya makan bertambah tak perasan up sepinggan nasi lagi he he he
Selamat mencuba!

~ Bonde Senyum Riang ~