Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

RESEPI TOM YAM MUDAH DAN SEDAP

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua...

Apa Khabar hari ni? Dari subuh lagi sudah hujan lebat... Alhamdulillah saat hujan lebat, saat itulah waktu afdal untuk kita sama-sama berdoa... moga kita semua diberi kesihatan yang baik Aamiin.

Bonde nak share resepi Tom Yam yang Bonde masak semalam untuk berbuka, cara Bonde masak sangat mudah tak guna pes tom yam pon. tapi rasa tetap rasa tom yam... yang penting sedap meletop tau. hu hu hu

Cara Bonde masak bak selalu orang kata campak-campak macam tu... kaedah masak yang digunakan ialah merebus.

Tom Yam ni jugak macam ala-ala makan dekat steamboat gitue... he he he


(Untuk makluman, resepi ini tidak menggunakan sebarang jenis pes tom yam yang dijual dipasaran.)

[RESEPI TOM YAM MUDAH DAN SEDAP ]


Bahan-Bahannya :

Bahan A

2 senduk cili mesin
1 liter air

(masukkan air dalam periuk dan masukkan cili mesin tersebut, rebus hingga ianya mendidih sebanyak 2 kali untuk pastikan cili betul-betul masak)


Bahan - bahan untuk seafood :

Bahan B

10 ekor udang (buang bahagian kepala dan ekor)
5 ekor sotong (potong bulat)
200 gram lokan (stok dalam peti) (anda boleh letak apa saje jenis seafood yang anda suka terpulang yea)

Bahan - bahan untuk sayuran :

Bahan C

Brokoli 
(kuantiti ikut anda suka)
Bunga kobis 
(kuantiti ikut anda suka)
Lobak merah 
(kuantiti ikut anda suka)
3 jenis cendawan buna-shimeji, bunapi-shimeji, enokitake 
(kuantiti ikut anda suka) letak lebih memang sedaplah...
3 batang serai (ketuk)
4-5 cili api merah (ketuk)

1 biji lemon ( kalau suka masam boleh letak lebih)
3 helai daun limau purut (untuk bau tom yam)

Garam
Cukup rasa maggi

Cara-cara memasak :

Setelah bahan A masak sempurna.. anda boleh masukkan bahan B selepas itu masukan bahan C dan last sekali masukkan garam, cukup rasa maggi, perahan lemon dan daun limau .


[JENIS-JENIS CENDAWAN YANG DIGUNAKAN]

- buna-shimeji

- buna-shimeji

- bunapi -shimeji

bunapi -shimeji
- enokitake

enokitake

Gambar cendawan tak sempat ambik semalam nanti Bonde update.. semua gambar diatas ambil dekat google.

 Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!

~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180