Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

TEPUNG PELITA KUIH FAV BULAN RAMADHAN

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Hai reader semua,

Apa khabar hari ini, Selamat berpuasa hari ini Ramadhan yang ke enam, cerita bulan Ramadhan kan... Apa kuih Fav anda semasa berbuka?  Meh Bonde share kuih fav Bonde...

Di bulan Ramadhan, Bonde suka makan kuih tepung pelita, sebenarnya tak susah nak buat kuih ni.  Tapi mana sempat nak buat.. balik kerja pon dah ngam-ngam sahaja untuk masak juadah berbuka...

Nasib baik,
kawan sepejabat ada jual, bukan dia jual tapi adik ipar dia... dia hanya ambik order dan cod ke pejabat. arhhh senang keje.. tinggal order dan bayar, ada delivery lagi... tak payah sesak-sesak nak ke bazar..

Harga pulak 4 ketul RM 2 oklah tukan...

Selain mudahkan kerja kita, tolong kawan berniaga... he he he

TEPUNG PELITA KUIH FAV BULAN RAMADHAN




RESEPI TEPUNG PELITA


Bahan-bahan A disatukan- lapisan bawah

1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan

Bahan B : disatukan - lapisan atas..
3 cawan santan pekat
1 senduk tepung beras
secubit garam

Bahan C
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Cara
1. Didihkan air untuk mengukus. Bubuh 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang. 


2. Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul. Kukus sehingga masak. 


3. Masakan bahan B anggaran panas. Kemudian masukkan hingga penuh bakul.


4. Kemudian kukus lagi hingga lapisan atasnya masak. Untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu.. 


5. Sejukkan betui2 baru makan dengan sudu kecil.

NOTA

Kalau sejukkan dalam peti ais lagi sedap. 

jika tak der daun pisang boleh gunakan mangkuk kecil.. 

KREDIT RESEPI : hanieliza.blogspot.my


~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180