Assalamualaikum.... Dan Selamat malam
Tarikh : 2 Januari 2016
Pada Sabtu yang lepas Bonde telah menghadirkan diri ke Bengkel Fotografi yang telah di anjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari.
Ini adalah Event Pertama KBBA anjurkan untuk ahli kelabnya pada tahun 2016. (Syukur Alhamdulillah, Rasa bertuah kerana dapat join event pertama tahun ini)
Nak tahu dekat mana lokasi Bengkel diadakan ?
Bengkel diadakan di :
RESORT AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH

Tak susah nak cari tempat bengkel ni... Keluar Tol Ayer Keroh dan ikut jalan susur masuk UTEM dan 7 kilometer sahaja dari Pekan Durian Tunggal. Memang senang sangat nak pergi ke lokasi Resort Agrofarmstay@Skill-Tech.
Bonde nak bagi panduan sedikit untuk anda semua berkenaan Resort Agrofarmstay@Skill-Tech merupakan kawasan percutian 'inap desa' untuk mereka yang cintakan alam semulajadi (back to nature). Keluasan resort adalah 30 ekar, sangat luaskan macam-macam aktiviti boleh buat dekat sini tau antaranya :
1. Aktiviti Koporat -
Seminar, Mesyuarat, Kursus, Taklimat dan Bengkel.
2. Aktiviti Belia -
Perkhemahan, Jungle Tracking, Kayak, Kem Motivasi, Jati Diri dan Treaser Hunt.
3. Aktiviti kekeluargaan @ family day
Santai-santai, Bbq, Sukaneka, Memancing, Melawat Pet House dan melawat
Dusun Buah-buahan.
1. Aktiviti Koporat -
Seminar, Mesyuarat, Kursus, Taklimat dan Bengkel.
2. Aktiviti Belia -
Perkhemahan, Jungle Tracking, Kayak, Kem Motivasi, Jati Diri dan Treaser Hunt.
3. Aktiviti kekeluargaan @ family day
Santai-santai, Bbq, Sukaneka, Memancing, Melawat Pet House dan melawat
Dusun Buah-buahan.

Di Resort Agrofarmstay@Skill-Tech terdapat sebuah Villa yang dilengkapi dengan 7 bilik tidur serta ruang tamu dan makan yang luas. Ia sesuai untuk para eksekutif dan keluarga yang besar melakukan aktiviti keluarga di dalam Villa tersebut.
Jom Bonde bawa anda semua melawat sekitar Villa...
Assalamualaikum....
(Sila bagi Salam yea!)
Ruang Tamu yang luas terdapat TV flate Skrin serta astro
Berhampiran Ruang tamu
Ada 2 bilik bersambung (conneting room)
Dan disitulah Bilik Bonde akan bermalam...

Bilik sebelah
( Ini adalah bilik tempat Bonde berehat selama 2 hari 1 malam disini )
Tempat berkarya.... sempat jugak menulis untuk isi entri blog.

Bilik air bersih... semua ada tandas duduk dan tandas cangkung.
Ruang makan
Peringatan kepada Penyewa Villa :
Bilik berhampiran dapur...
Bahagian Dapur Pula,
Terdapat semua keperluan Seperti : Dapur, Periuk Nasi, Microvave, Cerek Elektrik dan Peti Sejuk
( Kalau datang dengan family memang best boleh main masak-masak )
Terdapat juga bilik-bilik lain seperti :
"Gardenview" dan "Riverview"
dilengkapi dengan penyaman udara dan mandian panas.Bagi golongan belia yang ingin datang berkumpulan boleh menggunakan penginapan :
Chalet Dan Khemah.
Suka tengok Chalet ni warna warni sangat menarik.

Dalam Chalet terdapat katil 2 tingkat memuatkan 10 orang penghuni.

Kemudahan Yang Terdapat di Resort Agrofarmstay :
Surau Teratai
(surau ni terapung diatas tasik dan didalamnya dipenuhi bunga teratai)
Kolam Renang
( Selain Untuk Riadah Boleh diadakan aktiviti Sukan Air ) Bagi anda yang ingin berhibur di Resort Agrofarmstay ada menyediakan sebuah Rumah Kasut untuk anda berkaraoke.
Rumah Kasut ini sangat unik dan menarik... tak sangka rupanya ini adalah:
Rumah Karaoke

Terdapat juga:
' Pet House'
Ada Kuda, Kambing, Arnab, Itik dan Landak
Kuda ni namanya Bujang
Santai-santai :
Aktiviti Riadah di pagi hari
Senaman dan jom kita berZumba
Makan bagi Bonde sangat memuaskan... (tumb up)
Terdapat pakej-pakej dari katering seandainya ada berminat nak buat Majlis Makan-Makan nanti.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:
Alamat: Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/ Machap,
76100, Durian Tunggal, Melaka
Boleh Menghubungi :
Encik Bari - 012-211 8246
Encik Mat - 016-209 8623
Website: www.agrofarmstay.my