Assalamualaikum Dan Selamat Malam,
Mood bertudung kadang-kadang sentiasa berubah, maksud Bonde ialah mood berfeksyen.. Pilihan jenis tudung dan feksyen tudung, bagi wanita tudung ni memang kena sesuaikan dengan warna baju yang dipakai betul tak. Rata-rata wanita mesti ada banyak koleksi tudung untuk disesuaikan dengan apa-apa baju yang dipakai betul tak?
Sekarang ni Bonde suka pakai tudung ikut mood sahaja ada banyak koleksi shawl, tudung instant, tudung AJ, BA ade juga dan terkini adalah tudung Bawal Airis Premium.
Ceritanya...
Kawan dekat pejabat tu yang leka membida tudung bawal Airis Premium ni dekat FB Live stokis. Seronok pulak tengok dia membida hingga Bonde terpengaruh dengan bidaan yang dibuatnya... Stokis akan buat binaan lelong tudung pada harga yang murah, tak sama macam dijual dipasaran dengan pakej kombo, Stokis akan meletakkan Code kombo di setiap lelongan, Bukan apa dengan cara sapa cepat letak code number dan no whatsapp, dia akan menang bidaan, maksudnya.. akan dapat code yang dilelong semasa FB live sahaja. Lepas tu harga tudung Bawal Airis Premium kembali normal.
Akhirnya,
Dua kali Bonde dapat dengan hasil bidaan yang dibuatnya dan tambah dengan satu yang dibeli secara berasingan. Seronok tengok dia membida tau! sebab kita boleh tengok tudung yang nak dibeli tu dekat Fb live.
KOLEKSI BIDAAN TUDUNG BAWAL AIRIS PREMIUM
5 HELAI KOLEKSI BAWAL AIRIS PREMIUM
CROWN
CROWN
BLING-BLING BELAKANG
CROWN
BATU TABUR BELAKANG
LABEL BAWAL AIRIS PREMIUM
CARA PAKAI TUDUNG BAWAL AIRIS PREMIUM
Ini style Bonde pakai Tudung Bawal Airis Premium yang menggunakan dua pin satu di leher dan satu pin lagi di tengah-tengah dan kedut-kedutkan sedikit. Tadaaa cantik tak?
MENARIK TENTANG TUDANG BAWAL AIRIS PREMIUM
Tudung Bawal Airis Premium Sedap pakai, mudah digosok dan dibentuk, Bonde tak guna pengeras pon untuk tudung ni he he he.. senang kerja.. Batu pon tak mudah tanggal Bonde letak dalam net dan masuk mesin basuh. ha ha ha

~ Bonde Senyum Riang ~