RESEPI DAGING MASAK KERUTUK Assalamualaikum Dan Selamat Petang, hai reader semua,Pertama kali Bonde cuba memasak menu Daging Masak Kerutuk ini, Bonde tak pernah makan menu ni sebelum ni, jadi tak tahu rasanya macam mana, Dengan menggunakan Serbuk Kerutuk Adabi maka terhasillah menu ini, mudah dan simple sahaja menu ni... rupa tak penting yang penting rasanya sedap dan lazat. Asal usul nama Masak Kerutuk ni pon Bonde tak tahu, Ada terbaca popular di negeri Kelantan tak tahu betul ke tidak.( maaf kalau salah)RESEPI DAGING MASAK KERUTUK
Maklumlah kalau dah pencen nanti bolehlah Bonde cuba macam-macam resepi sebab memang suka mencuba macam-macam masakan.
RESEPI DAGING MASAK KERUTUK
RESEPI DAGING MASAK KERUTUK
Bahan-bahannya:
500 gram Daging (rebus hingga empuk Bonde empukkan dalam 15 minit sahaja guna Dapur dan Periuk AMC)
2 Labu bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
3 batang serai (dihiris)
1 paket kerisik
1 paket serbuk kerutuk Adabi
500 ml santan kotak
3 serangkai ( bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga)
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa maggi
Cara-cara memasak :
Kali ini, Bonde gunakan dapur AMCMalaysia secara manual, setting kepanasan api ke nombor 4 untuk panaskan minyak, masukkan serbuk kerutuk, bawang merah dan bawang putih dan serai, biarkan ianya garing.. dan masak rata.
Masukkan daging dan santan, kacau rata.. settingkan kepasan api ke nombor 5 dan 6 untuk ianya masak sempurna dan lebih cepat, selepas itu masukkan garam dan serbuk cukup rasa maggi, seterusnya masukan kerisik dan biarkan ia kering sedikit. tutup suiz api dan padamkan plug.
Sedia untuk dihidangkan!
Masakan Daging kerutuk kali ni, Bonde buat tak pedas next time boleh letak cili api belah dua kalau nak pedas dan tambah kentang. Lauk macam ni sesuai dimakan bersama nasi minyak dan pulut tanak, kalau tak ada nasi putuh pon boleh he he he

~ Bonde Senyum Riang ~