Assalaualaikum Dan Selamat Petang,
Hai semua reader, pemandu kenderaan persendirian dan pengguna jalan raya. Info berkaitan AES baru mulai bulan Sept 2018. Kalau bawa laju kena potong markah habislaaa macam mana tu? sekarang kena AES, bukan sahaja dikompaun saman, tapi akan dikenakan Mata Demerit❗
Seram pulak nak bawa kereta macam tu! tapi tak mengapalah nak pergi sana-sini tetap kena naik kenderaan jugakan tak akan nak jalan kaki jauh juga tu... bukan setakat dapat senaman lengguh satu badan, kaki pulak jadi lengguh dan tak rasa kebas pula nanti
Jadi... Pesanan untuk anda semua,
Memandulah dengan cara yang berhemah dan sentiasa berhati-hati, pada permulaan ini pikir positif dahulu. Walau tak nampak apa yang akan berlaku dimasa akan datang, Moga kita semua sentiasa di lindungi.
Mulai 1 September 2018, JPJ akan melaksanakan sepenuhnya peruntukan perundangan ke atas saman-saman yang dikeluarkan oleh AES / AwAS tanpa sebarang DISKAUN atau PENGECUALIAN ❗
SISTEM MATA DEMERIT UNTUK KENDERAAN PERSENDIRIAN
Sistem Mata Demerit bagi Kenderaan Persendirian
Gagal mematuhi isyarat merah: - 4 mataMelebihi 1km ke 25km: - 2 mata
Melebihi 25km ke 40km: - 3 mata
Melebihi 40km: - 4 mata
Apa kesan Sistem Mata Demerit?
1. Kali pertama Demerit 20 mata: Terima 'WARNING'
2. Kali kedua Demerit 20 mata: Lesen digantung 6 bulan - 8 bulan
3. Kali ketiga Demerit 20 mata: Lesen digantung 8 bulan - 10 bulan
4. Kali keempat Demerit 20 mata: Lesen digantung 10 bulan - 1 tahun
5. Kali kelima Demerit 20 mata: Lesen digantung selamanya. Ambil
permeriksaan baru bagi dapatkan balik Lesen Memandu
SEMAKAN KESALAHAN ANDA MELALUI NO. KAD PENGENALAN DI LINK :
PESANAN DARI PIHAK JPJ:
Menyeru kepada semua pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa mengamalkan pemanduan selamat bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Sumber FB : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

~ Bonde Senyum Riang ~