Assalamualaikum Dan Selamat Petang.
Hai reader semua...
Memandangkan sekarang kalau beli barang online Bonde sering menggunakan alamat pejabat untuk tujuan penghantaran, perkhidmatan Pos Laju Malaysia mulai November 2017 tidak lagi menghantar terus ke alamat pejabat. ( Pejabat yang terletak di Cyberjaya)
Pos Laju Malaysia kini mengunakan EziBox sebagai tempat punggutan parcel anda, secara layan diri.
TUTORIAL PENGGUNAAN MESIN EZIBOX POS LAJU MALAYSIA
Hari ini,
Buat pertama kalinya Bonde menggunakan Mesin EziBox tersebut. Mari Bonde kongsikan dibawah toturial nak guna mesin EziBox tersebut.
Mula-mula anda akan dapat mesagge seperti di bawah. (bila dah dapat mesagge seperti dibawah... mesti tak sabar nak pergi ambik parcel andakan begitulah juga dengan Bonde he he he)
Teruslah pergi Pos Laju yang tertera pada mesagge. Pilih Punggutan bungkusan.
Pilih menggunakan papan kekunci.
Masukkan Nombor tracking yang terdapat dalam mesagge seperti :
ER054708526MY .
Masukkan nombor tracking
Masukkan No Pin seperti dalam message.
Seterunya masukan No Kad Pengenalan anda
Peta menunjukan kedudukan parcel anda yang berwarna hijau.
Pintu akan terbuka secara automatik.
Buka dan ambil parcel anda... selepas itu sila tutupkan pintu, selesai urusan.
Sebaik sahaja anda mengambil parcel anda, anda akan dapat message seperti berikut :

Perkhidmatan EziBox ini beroperasi 24 jam, jadi anda tidak perlu risau... pagi, petang, siang dan malam boleh ambik parcel anda.

~ Bonde Senyum Riang ~