Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Hai reader semua...
Throwback kisah bulan September yang lepas, Bonde tak sempat nak update berkaitan kehadiran Bonde ke Pelancaran Mobike yang dianjurkan oleh Cyberview Sdn Bhd di Magic Cyberjaya.
Banyak story sebenarnya pada bulan September yang lepas tapi masa tidak mengizinkan untuk Bonde update di blog untuk tatapan anda semua.
Info ini adalah untuk anda semua.. jadi rasanya Bonde kena share juga..
Anda pernah nampak tak dimana-mana sekarang contoh di Pondok Bas, terdapat beberapa buah basikal diletakkan disitu. Tahukah anda basikal itu anda boleh disewa melalui sebuah apps iaitu mobike. info disini.
PELANCARAN MOBIKE DI SEKITAR CYBERJAYA...
What is Mobike?
Bayangkan dunia di mana anda boleh mengambil dan meninggalkan basikal di kemudahan anda.
Masukkan Mobike: perkhidmatan perkongsian basikal untuk memenuhi perjalanan pendek bandar - Bila saja, ke mana-mana destinasi tempat letak kereta undang-undang - dengan menggabungkan inovasi dan teknologi IoT (Internet of Things) hari ini.
Mobike berwarna hijau, mengurangkan kesesakan, dan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan bandar.
Mobike's Mission
Mobike menyediakan cara pengangkutan yang berpatutan untuk perjalanan bandar yang mudah, sementara mengurangkan kesesakan, dan jejak karbon bandar kami. Gabungan ini - Mobike meningkatkan kualiti kehidupan bandar.
Adanya Mobike untuk mengurangkan pengunaan bahan api.. pencemaran asap dan menjadikan bandar rendah karbon @ low carbon city.
Di Cyberjaya memang dah banyak tempat adanya basikal ini. Untuk kemudahan warga kerja, student dan orang awam yang datang ke Cyberjaya.
Design Mobike
Ciri-ciri keselamatan Mobike
Ada photobooth disediakan, jadi kita layankan bergambar disitu ha ha ha
Diluar pula ada disediakan mobike jadi kami tak lepas peluang untuk mencubanya.
Mobike juga boleh digunakan untuk beriadah. Jom ronda sekitar Cyberjaya.
Terjah sini untuk info lanjut :

~ Bonde Senyum Riang ~