Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all 2180 articles
Browse latest View live

BACA ONLINE NOVEL SUAMIKU PALING SWEET [ BAB 1 - BAB 28 ]

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang.

Holahhhhh siapa dah baca Novel ni, sweet giler ceritanya... Kalau anda semua belum lagi baca novel ni, Bolehlah baca secara online dibawah ni Bonde ada share link..

Novel karya penulisAnjell

SINOPSIS SUAMIKU PALING SWEET

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiey. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiey orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiey selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiey dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan. 

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.


Hasil carian imej untuk SUAMIKU PALING SWEET

BACA ONLINE NOVEL SUAMIKU PALING SWEET





Selamat membaca


~ Bonde Senyum Riang ~

NOVEL-NOVEL YANG AKAN DIADAPTASI 2016

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam,

Bonde ada info untuk anda semua, jika nak beli novel carilah Novel yang akan diadaptasi. Macam Bonde yang memang suka dan giler baca novel ni, memang akan suka sangat baca Novel ulang-ulang kali lebih-lebih lagi kalau Novel tu sedih "sad story' touching baca sampai lebam mata dan 'love story' akan di ulang-ulang juga baca.. sweet gitu.

Kebanyakkan Novel selalunya akan diadaptasi... siapa perangai sama macam Bonde bila Novel tu diadaptasi kita akan selak buku sebelum episod tu mula, kalau ada yang sama macam tu yeay... kita geng!

BERIKUT ADALAH:

 NOVEL-NOVEL YANG AKAN DIADAPTASI 2016

Sinopsis Suami Paling Sweet

Sinopsis Suami Paling Sweet 


“Mama… Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa… Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan.

Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun.

Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” – IZZ
“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA

“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ
Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya.

Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira.

Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

Sinopsis Suami Paling Sweet

Sinopsis Kerana Aku Suamimu

Sinopsis Kerana Aku Suamimu

Namun pada saat hubungan Zahra bersama Fitri mula hanyut dan larut dalam emosi, parut yang lama mula menjengah kembali. Hadirnya kembali RIYAD mengganggu kebahagiaan rumah tangga Zahra dan Fitri. Lipatan memori silam ketika Zahra bersama Riyad kini mula menghantui Fitri yang melihat Zahra semakin menerima dirinya sebagai sang suami, namun gusar apabila melihat Riyad mula menunjukkan belang diri.

Apabila Zahra mula diganggu oleh Riyad yang menagih semula cinta lamanya kembali, SHASHA yang selama ini dianggap sebagai teman sejati oleh Zahra tanpa diduga juga menjadi duri. Hubungan terlarang dalam diam antara Shasha dan Riyad sedikit sebanyak telah menghantui kehidupan Fitri yang sebenarnya mengetahui yang Zahra sudah dikhianati oleh teman baik sendiri. Apakah yang akan terjadi kepada Zahra dan Fitri? Masih adakah rasa cinta Zahra terhadap Riyad yang menagih kembali si cinta hati.

Sinopsis Kerana Aku Suamimu


Sinopsis Meh Sandar Pada Aku

Sinopsis Meh Sandar Pada Aku


Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tapi dah kenal menyakitkan hati pulak.Macam mana tu?

Afnan Tasneem dipertemukan dengan penyelia yang menjengkelkan- Dr Syed Nadhan

Kegagalan perkahwinan papa dan mamanya benar-benar memberi kesan pada Syed Nadhan. Kehadiran Afnan sebagai pelajar praktikalnya benar-benar memeningkan kepalanya.

Afnan selalu meluahkan perasaan tak puas hati tentang penyelianya kepada Adam Naufal.Adam tahu Dr Syed menyukai Afnan dan dia sengaja menimbulkan rasa cemburu Dr Syed.Namun, Afnan menyangka Adam menyintainya.

Keadaan berubah bila Mama Afnan bakal berkahwin dengan Papa Dr Syed. Keadaan bertambah rumit bila Afnan mengetahui Adam bakal berkahwin. 

Dr Syed pula bertunang dengan dr Aleesya dan Afnan akan dijodohkan dengan Aamir, Kecewa dengan berita perkahwinan Adam, Dr Syed muncul dan memujuk sebagai abang.

Namun, takdir menentukan segalanya. Kematian mama Afnan dan papa Syed membuatkan Dr Syed berasa bertanggungjawab melindungi Afnan dan mengahwininya. Dia memutuskan pertunangannya dengan Dr Aleesya. 

Berita ini mengejutkan Aleesya hingga terpaksa di rawat di hospital bahagia, Ini kerana, Aleesya sememangnya mencintai dr Syed sepenuh hati.


Sinopsis Meh Sandar Pada Aku

Sinopsis Novel Awak Sangat Nakal
Sinopsis Novel Awak Sangat Nakal

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

Masalahnya. Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan persaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine Berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancanggan Allah SWT.

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?





Kredit : dramadannovel,onedirectmovie,

~Bonde senyum Riang~

KEPUTUSAN GIVEAWAY : 1ST ANNIVERSARY BLOG & MY BIRTHDAY

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai Selamat Petang... Bonde mohon maaf kepada anda semua yang dah join GAyang telah Bonde anjurkan yang telah tamat pada 31 Ogos 2016.

Maaf kerana lewat 8 hari untuk mengumumkan pemenang, kerana terdapat tugasan urgent yang perlu diselesaikan.

KEPUTUSAN GIVEAWAY : 1ST ANNIVERSARY BLOG & MY BIRTHDAY

Untuk makluman semua,

Untuk GA kali ni tiada pemilihan dibuat secara random yea, kerana hadiah yang Bonde nak bagi tu dalam jumlah 30 buah buku, tapi penyertaan ada 26 sahaja, jadi siapa yang join semua dapat... yeayyyy suka tak?

semua yang join dapat sebuah Buku " AL-mathurat & DOA-DOA HARIAN"

Semak senarai nama disini dan sertakan detail dibawah :

Nama :

No/Link Entri :

Alamat :

Harap semua beri kerjasama, pengeposan akan dibuat pada hari Selasa 13/9/2016.

Terima kasih kerana sudi join. 

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam..

Alhamdulillah akhirnya sempat jugak Bonde nak join Segmen Ucing : 

Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/09/segmen-tonton-sudah-ku-tahu-versi-ucing.html

Lagu Sudah Ku Tahu adalah  Lagu daripada Projektor Band yang di minati Ramai.Banyak Peminat nya menyanyikan lagu ini sebagai Cover  melalui Social media Fb & Smule.Jadi Ucing pun tidak juga ketinggalan untuk menyanyikan lagu ini sebagai Cover melalui karaoke.

Sertai Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing Sebagai Supporters.Syarat-syarat nya adalah mudah:


2) Buat Tajuk Post " Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing "

3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.

4) Tinggalkan Url post Anda ke dalam ruangan Komen Disini

Tag Rakan Anda


Tamat Segmen 9-9-2016 .

Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di Senaraikan dalam Video Animasi Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing Sebagai Supporters.



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

ANNIVERSARY GIVEAWAY AUGUST 2016

$
0
0
Salam Dan Selamat Malam...

Jom Bonde join Giveaway :

 ANNIVERSARY GIVEAWAY AUGUST 2016

Dikesempatan ini Bonde nak wish Happy Birthday untuk Usben dan anak sentiasa sihat dan di murahkan rezeki, Dan Happy Anniversary & Happy family InsyaAllah, Aamiin.


[klik banner untuk join]

Syarat penyertaan:

1. Buat satu blog entri pasal giveaway ni.

2. Like FB AZRM Enterprise

Sponsor 100% dari AZRM Enterprise!

3. Tu saja!

Simple sangat kan syarat-syarat dia?
Dah buat, letak link entri blog dan nama FB dalam ruang komen ni ya :)


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

SEGMEN : Hang Komen Hang Bertuah

$
0
0
Salam Dan Selamat Malam

Segmen Kedua hari ini ingin Bonde join adalah segmen :

SEGMEN : Hang Komen Hang Bertuah


[klik banner untuk join]

Apa kata Mek Zumbie tentang Segmen ni ???

Segmen ni senang. Segmen ni korang cuma perlu letak banner yang aku buat tu kat atas dan link kan ke entri ini.

Selepas itu, komen dekat bahagian komen entri ini beserta dengan link entri korang. Automatiklah aku akan boleh pegi blog korang kan?

Jadi, 10 blog bertuah akan aku pilih untuk aku buat full review pasal blog korang. 

Apa itu full review? Satu muka surat entri tu aku akan cerita pasal blog korang aje. No sharing sharing kononnya ahahaha XD. 

So apa tunggu lagi? Segmen bermula sekarangggggggggg

Moga Bonde terpilih dalam 10 yang bertuah Aamiin...


~ Bonde Senyum Riang ~

PROMOSI HARGA MURAH SEMPENA PEMBUKAAN CAWANGAN BARU A-LOOK EYEWEAR DI ALAMANDA, PUTRAJAYA.

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang... 

Hai Salam Jumaat semua... Hari ni Bonde nak share satu cerita, kepada anda yang memakai spec mata dan siapa yang tak pakai spec mata pon boleh baca info yang ingin Bonde share ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda yang mengunakan spec mata, siapa di kalangan anda yang pakai spec mata kita geng... "Geng Budak Kacamata".


PROMOSI HARGA MURAH SEMPENA PEMBUKAAN CAWANGAN BARU A-LOOK EYEWEAR DI ALAMANDA, PUTRAJAYA.


Khamis 1 September masa lunch Bonde pergi Alamanda Putrajaya emmm maklumlah awal bulan waktu-waktu baru gaji ni. memang mood shopping, Jadi time nilah, nak shopping barang sikit dan windows shopping jugak tu wajib, masa Bonde jalan-jalan dalam mall, ada sesuatu telah menyeru Bonde masuk kesatu kedai ada ballon lagi nampak meriah dari luar lagi, Rupanya terdapat kedai Spec mata, A-Look Eyewear baru dibuka di Alamanda Putrajaya.


Bonde rasa sangat teruja dan seronok dengan apa yang dipamerkan tentulah ada sale, harga promosi dan potongan harga sempena pembukaan kedai A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya yang baru.



Giler tak masuk kalau nampak semua ni... masa nilah nak grap sebab harga tengah murah dan berbaloi.. kalau anda semua nak shopping...


Dekat A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya memang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mata percuma untuk anda yang nak tahu detail tentang power @ kanta mata anda.


Alat Pemeriksaan Mata Berkomputer


Mula-mula Bonde masuk dekat A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya memang tak ramai ada 2 orang sahaja yang sedang membuat pilihan dikaunter bersama staff A-Look Eyewear, selepas 15 minit seperti tak percaya, memang ramai yang ingin membuat pemeriksaan dan membeli produk A-Look Eyewear.


Dalam hati Bonde berkata, ramai juga yang buat spec mata dekat sini rupanya, mesti kualiti dan produk A-Look Eyewear ni ramai yang dah kenal, kenapa Bonde tak tahu... Ishh ketinggalan lah aku ni!


Bonde tunggu turn nak buat pemeriksaan mata...


Staff A-Look Eyewear memang ramah dan mesra dengan pelanggan tak heranlah mereka memberi layanan yang baik kepada Pelanggan yang datang.

Bila buat pemeriksaan mata, staff A-Look Eyewear akan beri penjelasan tentang jumlah kanta mata anda untuk mata kiri dan kanan, keterangan tentang rabun dekat atau jauh dan jumlah silau jika ada.


Jika anda telah tahu jumlah rabun mata kanan dan mata kiri serta silau, staff A-Look Eyewear akan mencadangankan kepada anda spek mata yang sesuai untuk anda, mengikut bentuk muka.



Pada permerhatian Bonde, 
Sepanjang survey dan pusing-pusing dekat A-Look Eyewear ni ada banyak pilihan yang terkini dan mengikut peredaran zaman moden.  Tak payah nak survey banyak kedai , di A-Look Eyewear ni  terus grap je bingkai yang anda nak, sebab ada banyak pilihan mengikut kesuaian dan keselesaan anda..


Wink-wink bestnya... jom tengok-tengok cuci mata. Ini adalah Executive dan Fashionista sesuai untuk anda yang sukakan trend terkini, barulah "up to date"


Smart Flexible & Wibrant 

Bonde sangat tertarik dengan koleksi Smart Flexible & Wibrant ni kerana ianya tahan lasak dan tak mudah patah... sesuai sangat di pakai untuk anda yang aktif bersukan... 



Ianya boleh pakai time bersukan, Macam Bonde yang main futsal  ni, Bolehlah pakai yang Flexible ni..


Executive Smart [ Flexible & Urbane]

Sesuai di pakai untuk mereka yang berkerja di Pejabat dan kepada student Universiti dan Kolej-Kolej memang nampak smart sangat.


Zest [ Bold & Bright ]



Flex : Flex with Styles [Korean style]



Hybrid : Fun & Lasting [Korean style]



Premium : Qualities With Style  [Korean style]


Premium : Freedom To Choose [Korean Style]

 


Rata-rata rakyat Malaysia ni 99.9 % memang ada 1 spec mata hitam, sebab apa? Sebab Malaysia mempunyai cuaca yang Panas.  Untuk itu setiap individu hendaklah mempunyai 1 spec mata anti silau untuk penjagaan mata, Tak sangka di A-Look Eyewear ada pelbagai jenis spec mata hitam.  Wow macam mana nak pilih ni... Banyak sangat pilihan... Sabar Bonde jangan gelojoh sangat... hi hi hi



Brand Ray Ban





Apa itu Polaroid?..

Melalui keterangan yang diberi oleh En Lee, Penggunaan Polaroid ini adalah sangat bagus baik sekali selain ia dipakai sewaktu panas untuk melindungi mata dari silau cahaya pada waktu siang dan ianya bagus dipakai pada waktu hujan kerana penglihatan akan menjadi lebih jelas dan terang,  tidak heranlah mengapa kebanyakkan juruterbang di Amerika mengunakan spec mata Polaraid ini, semasa mereka bertugas ini adalah membantu penglihatan mereka semasa berada di awan biru. 

Image result for Commercial Pilot



Brand Superdry



Brand Coach








Brand Lee Cooper



PENCAPAIAN CEMERLANG A-LOOK EYEWEAR


Menurut En Lee, 
seorang yang sangat berpengalaman dan amat profesional dalam pemilihan spec mata, A-Look Eyewear telah memperolehi banyak  anugerah kecermelangan  yang diterima oleh A-Look Eyewear ialah:

-AXISMATICS-ABDO Best Full Time Student Award - Tahun 2003


-OPSM-AXISMATICS FBDO-Top Student Award Year - 2003 Tempat Kedua

-Hans Stepper Prize in Best Overseas Student Year - 2003

-Distinction Grade in Eye Refraction Examination

wah banyak dah award yang diterima, jadi sebagai pengguna tak perlu ragu-ragu lagi.


Brand Gucci




Brand Tag Heuer



Brand Burberry



Ruang dimana tempat yang disediakan untuk pelanggan mencuba spec mata yang telah dipilih.  Disini Staff A-Look Eyewear akan melayani setiap kehendak pelanggan dengan memberi peluang kepada Pelanggan untuk memilih dan mencuba spec mata yang mana sepadan dengan bentuk muka!

Pelanggan boleh membuat keputusan yang bijak selepas mencuba dan membeli seandai puas hati kepada spec mata yang telah dipilih.


Brand Tiffany & CO

Brand Bvlgari


Brand Tiffany & CO


Brand Tiffany & CO


Brand Bvlgari

Kalau ada niat nak beli mestilah nak kene cuba pakai dulukan, untuk anda yang nak mencuba spek mata yang ada, Bolehlah anda minta pada staff A-Look Eyewear untuk cuba dan tengok sesuai tak dengan muka kita.



Bonde mencuba spec mata Bvlgari ni, amacam ada gaya Mak Datin to be tak?...


Ini pula Bonde cuba Brand yang sama tapi design yang lain... Ini macam retis tak? wahh bergaya Bonde ada batu-batu lagi... style sangat.


Yang ini pula Brand Tiffany ... Kelas ko Bonde... memang nampak meletop kebabommm sekali!

Spec mata seperti BVLGARI, TIFFANY & CO, ARMANI EXCHANGE, PRADA dan sebagainya. 

Spec mata ini, adalah keluaran Khas atau "limited edition" Setiap satu rekabentuk dihiasi dengan kristal Swaroski yang asli.

Tidak heranlah ramai dikalangan artis dan wanita yang mementingkan penampilan diri memiliki koleksi ini.


Rudy Project

Spec mata ini, direka khas untuk mereka yang bersukan seperti berbasikal, sukan lasak memanjat gunung dan sukan air ( contohnya sukan layar ).  Spec mata ini tahan lasak dan seandainya berlaku kemalangan jika anda terjatuh, kanta cermin tidak mudah pecah walaupun bingkai sudah patah atau sebaliknya.  Penggunaan spec mata ini adalah mengurangkan risiko kecederaan kepada anak mata.




Terdapat pelbagai koleksi dari Brand Rudy Project untuk anda membuat pilihan mengikut kesesuaiannsaiz muka anda.


Brand Oakley

Brand Oakley ni Bonde survey untuk Kanda, sebab Kanda memang peminat setia Oakley... Setahu Bonde, Kanda ada 4 buah spec mata Oakley dan 1 Rayyban... ( jelesnye Bonde )

Bagi anda yang nak tercari-cari Brand Oakley ni memang boleh cari dekat sini, memang ada siap dah susun dalam almari tinggal pilih jer! macam-macam jenis tu... smart giler!


Ada juga dari brand Oakly yang tahan lasak seperti diatas ni, Jika sudah boring anda Boleh tukar tangkai freme kepada warna yang lain, Ia didatangkan dengan 2 pilihan warna berbeza... ( wow hebatnya... boleh tukar-tukar pulak canggih sungguh design ni )



Koleksi Spec Mata Lin Dan (Star Badminton)

Tak sangka Bonde dekat A-Look Eyewear ni ada Brand Oakley yang sama dipakai oleh pemain badminton dari negara China iaitu Lin Dan. Wow siapa yang minat dengan Lin Dan boleh dapatkan koleksi Spec mata ini, kerana terdapat tandatangan dibingkai dan logo tatoo 5 star di Spec mata tersebut.

 Tandatangan Lin Dan


 Logo 5 star 



Brand Shades Cool & Style






Terdapat jugak spec mata untuk kanak-kanak, wah comel sekali! Bonde sukalah warna yang pink tu.


Ada juga aksesori tempat letak lens dan sarung spec mata jenis kain dijual disini.


Selain dari Spec mata A-Look Ayewear juga ada menyediakan promosi Lens kepada peminat tegar konteks Lens jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Lens dengan pelbagai warna terkini pada harga promosi.


Pelbagai jenis lens terdapat disini.


Bonde sudah rambang mata tak tahu nak buat keputusan, kerana semua spec mata yang terdapat A-Look Eyewear ini cantik-cantik belaka harga pula, harga mampu milik, pilihan mengikut brand yang kita kehendaki, agak sukar Bonde nak buat keputusan ni nak pilih yang mana satu...




Anda yang mementingkan penambilan yang terkini, cepat-cepatlah ke A-look  Eyewear untuk dapatkan design yang anda idam-idamkan selama ini.


Jangan lupa datang ke A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya.  Sementara masih ada promosi sempena pembukaan.


A-Look Eyewear 

A-Look EyeWear @ Alamanda Putrajaya
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Waktu operasi : 10.00 pagi - 10.00 malam

Facebook A-Look : www.facebook.com/alookeyewear 
Website A-Look : www.a-look.com.my

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

KELEBIHAN BERPUASA DI HARI ARAFAH

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hari ini Ahad, 11 September bersamaan 9 Zulhijjah 1437 H, merupakan hari yang disunatkan berpuasa (Puasa Hari Arafah) kepada seluruh umat Islam di negara ini (bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji).  

Syukur Alhamdulillah pada anda yang dapat menunaikan puasa pada hari ini.

Terkini Niat Puasa Arafah Wukuf

Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan. (Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti)
Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.
NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”
Niat Puasa Sunat Arafah Wukuf


Pautan Sumber Asal » mysumber.comislamituindah.my

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my

$
0
0
Assalamualaikum Dan Salamat Pagi...

Sempena Kemerdekaan tahun ini, Bonde sangat seronok melihat Semua Ibu/Bapa begitu kreatif menyediakan pakaian anak-anak yang bertemakan Hari Kemerdekaan.

Moga anak-anak yang berada di zaman sekarang tahu dan faham erti kemerdekaan yang pernah Malaysia kecapi pada tahun 1957.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!




 Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my



[Klik Banner untuk Join]

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP MENJADI!

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam,

Sempena persiapan Raya Korban esok, Bonde teringgin nak makan Ayam Masak Ungkep.  Sebenarnya bukan apa, malu nak citer.

sejujurnya, Sebelum ini, Bonde hanya dapat rasa dan makan Ungkep yang orang lain masak, tak pernah masak sendiri,  Selalu Bonde akan masak lauk rendang jer, Tak teringgin nak masak lauk lain masa raya-raya yang lepas.  

Idea ni datang petang tadi sebab tak tahu nak masak menu apa sebab dah beli 2 ekor ayam dan rasanya tak nak makan menu yang dah biasa makan masa raya.

Ini adalah kali pertama, Bonde buat Masak Ungkep dan berjaya masak sebab rasanya sama sahaja macam yang Bonde selalu makan sebelum ni.

Beza  Masak Ungkep dengan Rendang Ayam ialah rendang mengunakan santan kelapa, Masak Ungkep tak perlu masukkan santan kelapa.

Walaupun dah tahu apa nak letak dalam Masak Ungkep ni, Bonde tetap google jugak resepi ni..

Ada sikit lari dari resepi asal, Bahan yang bonde tak letak dalam masakan yang Bonde buat ni iaitu air asam jawa. ( tak nak letak, Tak suka masam lauk tu )


RESEPI AYAM MASAK UNGKEP MENJADI!

Resepi Ayam Masak Ungkep

Bahan-bahan:

1kg daging ayam - potong 8
3 batang serai - dititik
3 cawan air
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis kasar
1 sudu besar jintan putih kasar
4 cm kunyit hidup
3 cm halia
4 cm lengkuas
25 biji cili padi ( Boleh tambah jika suka pedas)

Cara-cara:

1. Lumurkan daging ayam dengan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit. Perap selama 20 minit.

2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup, cili padi, ketumbar, jintan, putih dan jintan manis.

3. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.

4. Kemudian masukkan serai dan daging ayam. Gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.

5. Tambahkan air, garam, gula dan perasa pilihan (jika suka).

6. Tutup kuali rapat-rapat. Gunakan api sederhana.

Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.

Apabila kuah mula memekat dan ayam empuk, matikan api dapur.


Selamat Mencuba!

 ~ Bonde Senyum Riang ~


JENIS-JENIS BINATANG YANG BOLEH DIJADIKAN KORBAN SERTA SYARAT-SYARATNYA

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Semperna esok adalah hari raya korban mari sama-sama kita hayati dan fahami huraian ringkas :

JENIS-JENIS BINATANG YANG BOLEH DIJADIKAN KORBAN SERTA SYARAT-SYARATNYA 

Binatang yang sah disembelih untuk dibuat korban itu ialah binatang korban itu hendaklah binatang ternakan (an‘am) seperti: 

Image result for BINATANG YANG BOLEH DIJADIKAN KORBAN

* unta atau yang sejenisnya, 
* lembu atau yang sejenisnya 
* kerbau atau yang sejenisnya dan 
* kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri dan kibasy. 

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: 
Maksudnya:“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu”.(Surah al-Hajj: 34) 

Seekor unta, lembu atau kerbau itu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada daripada keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud aqiqah, misalnya ada di antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja ataupun daging korban. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis: 

Maksudnya:“Kami keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam (dari Madinah) mengucapkan tahlil (Lailahaillallah), dengan berniat untuk mengerjakan haji, maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami bagi seekor badanah”.(Hadis riwayat Muslim) 

Seekor kambing pula hanya untuk seorang sahaja tidak boleh dikongsikan. Jika dikongsikan seekor kambing itu untuk dua orang atau lebih, maka tidak sah korban tersebut. 

Afdhalnya binatang yang dibuat korban itu yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya. 

Binatang itu hendaklah cukup umur. Dari Jabir bin Abdillah r.a, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: 

Maksudnya: “Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri.” (Hadis riwayat Muslim) 

Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang korban itu ialah: 

o Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam. 
o Lembu, kerbau dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga. 
o Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. 


(Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518) 

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda bermaksud:“Binatang korban yang paling bagus adalah jadza kambing” (Hadith riwayat Termizi dan Ahmad) 

Uqbah bin Amir telah bertanya kepada Rasulullah saw, maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku mempunyai jadza. Rasulullah menjawab: Berkorbanlah dengannya.”(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) 

Menurut Imam Syafie kalimah jadza dalam hadith-hadith diatas itu bermaksud kambing biri-biri yang berumur satu tahun. 

Dan menurut Imam Nawawi: Keseluruhan ulama mazhab telah mengharuskan anak biri-biri yang berumur satu tahun (untuk korban) meskipun ia mendapat binatang lain ataupun tidak. 

Didalam kitab Hasyiah al-Baijuri, Juz 2, halaman 306, ada menyebut “Mengikut pendapat yang rajih, apabila biri-biri yang belum sampai umur satu tahun tetapi telah bersalin giginya selepas ia berumur enam bulan maka boleh dibuat korban.” 
Binatang jantan yang tidak banyak berkahwin lebih afdhal dari binatang betina. Sebaliknya binatang betina yang belum melahirkan anak adalah lebih afdhal daripada binatang jantan yang banyak berkahwin untuk disembelih sebagai ibadat korban. 


Yang lebih afdhal berbuat korban bagi seseorang itu dengan seekor unta, kemudian seekor lembu, kemudian seekor kibasy, kemudian seekor kambing, kemudian berkongsi seekor unta atau seekor lembu dan tujuh (7) ekor kambing lebih afdhal dari seekor unta dan seekor lembu atau kerbau. 

Binatang terafdhal untuk dijadikan korban ialah unta, kemudian lembu kemudian biri-biri dan kemudian kambing. Ini dinisbahkan dengan banyaknya daging kepada setiap jenis binatang. 

Tujuh (7) ekor biri-biri untuk korban adalah lebih afdhal daripada tujuh (7) ekor kambing untuk korban. Manakala tujuh (7) ekor kambing adalah lebih afdhal daripada satu ekor unta untuk korban kerana bertambahnya taqarrubnya kepada Allah dengan banyaknya darah yang mengalir daripada sembelihan binatang korban. 

~~~~~~~ oOo ~~~~~~~ 

Binatang korban itu hendaklah sihat (tidak berpenyakit) dan selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: 

Maksudnya: “Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu Baginda bersabda: “Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah.” (Hadis riwayat Abu Daud) 

Daripada hadis di atas dapat difahami bahawa binatang yang tidak sah dijadikan korban itu ialah: 

a. Binatang yang buta atau rosak matanya atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi ia masih boleh melihat, maka ia sah dibuat korban. 

b.Binatang yang jelas tempang kakinya yang mana jika ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain di padang untuk mencari makan, ia tidak boleh ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang itu, bahkan ia tertinggal jauh di belakang. Jika tempangnya itu sedikit iaitu tempang yang tidak menghalang daripada mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat korban. 

c.Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat korban. 

d.Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya. 

e.Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya. Tetapi tidak mengapa jika telinganya koyak atau berlubang dengan syarat tidak gugur daripada dagingnya, walaupun sedikit. 

f.Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat korban. (Sabilal Muhtadin 2/227) 

g.Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat korban. (Sabilal Muhtadin 2/227) 

h.Binatang yang gugur semua giginya sehingga menghalangnya makan rumput. Adapun yang tanggal sebahagian giginya dan tidak menghalangnya makan rumput dan tidak mengurangkan dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat korban. (Muhammad Asy-Syarbibi, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)

i.Binatang yang berpenyakit gila atau yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit. 

j.Binatang yang bunting kerana bunting itu mengurangkan dagingnya. (Al-Majmu‘ 8/293-2966 dan Mughni al-Muhtaj 4/520) Pendapat ini adalah muktamad. Mengikut Ibn al-Rif’ah memadai korban daripada binatang yang bunting. Bagi binatang yang baharu beranak boleh dibuat korban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Ar-Ramli dalam Nihayah, manakala mengikut pendapat Khatib Syarbini dalam Mughni bahawa binatang tersebut tidak memadai dibuatkan korban. (Sabilul Muhtadin 2/213) 

Binatang yang harus dibuat korban itu tidak kira samada jantan atau betina atau khunsa. 

Binatang yang dikasi, sah dan harus dibuat korban, kerana dengan dikasi tubuhnya semakin bertambah gemuk. (Muhammad Asy-Syarbini, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280) 

Tambahan: Ibnu Abbas r.huma berpendapat bahawa adalah memadai korban itu hanya dengan “menumpahkan darah” walaupun dengan binatang seumpama ayam atau itik, sebagaimana yang dikatakan oleh Midaani. Syeikh (guru) bagi Syeikh al-Bajuri menyuruh supaya bertaqlidkan kepada pendapat Ibn Abbas ini dan beliau mengqiaskan ‘aqiqah keatas korban dan menyuruh sesiapa [yang tak mampu] yang memperolehi anak membuat aqiqah dengan ayam jantan berdasarkan kepada mazhab Ibn Abbas. (Hasyiah al-Allamah Baijuri & Matla al-Badrain) - Yang ni bagi mereka yang tersangat tak mampu.




~ Bonde Senyum Riang ~

HUKUM BERQURBAN, PELAKSANAAN QURBAN, HIKMAH DAN FADHILAT

$
0
0

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi

HUKUM BERQURBAN



Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

*Islam

*Merdeka (Bukan hamba)

*Baligh lagi berakal

*Mampu untuk berqurban

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).

"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)

Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

PERLAKSANAAN QURBAN


*Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.

*Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.

*Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)

*Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:

1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan

2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.

3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."


HIKMAH DAN FADHILAT


*Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

*Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

*Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.

*Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.

*Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

*Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."






 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

CARA NAK BUAT PULUT KUNING CUBALAH , PASTI MENJADI!

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Tengahari,


Sempena Raya Korban semalam, Bonde telah masak juadah untuk dimakan bersama ahli keluarga, pertama sekali Bonde telah masak Ayam Masak Ungkep, Dah cerita dekat entri nih -> (Resepi Ayam Masak Ungkep) , Lepas tu Bonde masak sambal Ikan Bilis Petai dan Kari Telur semua menu ni nak makan dengan Pulut Kuning.

Argghhh sebenarnya pulut kuning ni pon Bonde tak pernah buat sendiri, tapi teringgin nak makan jugak sedihkan, Bonde nak 'test power' kali kedua, tak pandai kene belajar, yang penting kene ada rasa rajin mencuba!

Nekat kali kedua, malu oooo kalau Fatin ke? Kanda ke ? teringgin nak makan nak jawab tak pandai nak buat,... jadi, Bonde try buat...



Tadaaaa.... Pulut Kuning Bonde... (abaikan pelapik gunasemula secret recipe tu)

CARA NAK BUAT PULUT KUNING

Bahan-bahan :

2 Kg - Beras Pulut 
2 Sudu - Serbuk kunyit
1 Kotak santan - 500 ml
3 keping - Asam Keping
1 Sudu - Garam
Air (untuk rendaman)

Ambil Beras Pulut -( Bonde guna brand yang bawah ni, sebab tinggal tu jer yang ada dekat giant)


Rendamkan bersama (2-3 keping) asam keping 
2 sudu besar - sebuk kunyit direndam bersama air biasa selama 2 jam


Setelah direndam selama 2 jam, toskan air rendaman tadi dan Bonde masukkan dalam loyang supaya senang nak keluarkan untuk di tanak dengan santan nanti.

Setelah selesai, kukuskan selama 1 jam. (separuh masak)


Setelah dikukus selama 1 jam, bolehlah angkat pulut untuk ditanak bersama santan. ( Bonde guna santan brand kara 500 ml)

Sediakan santan kotak, campurkan dengan 1 sudu besar garam, kacau bagi garam rata.


Dengan mengunakan sudu, letakkan santan gaul-gaulkan dan gembur-gemburkan guna garfu hingga santan rata pada pulut.

Kukus balik selama 1 jam.

Selepas 1 jam, Bolehlah diangkat Pulut tadi dan rasa sama ada keras atau lembut.  Ikutlah kesukaan anda sama ada ianya menepati citarasa anda atau tidak. (Kalau keras boleh tambah santan lagi)


lepas tu sejukkan pulut  tadi hingga rasa suam-suam kuku, Bolehlah dimasukkan kedalam acuan yang ingin anda gunakan, Bonde guna acuan bulat yang warna biru...

Cantik tak ?


Selamat mencuba !

~ Bonde Senyum Riang ~

NAK TENGOK ROSE DAN TULIP BERCAHAYA!

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

"The Nightscape of Light Sensation - Love Series" Sudah 7 hari acara ini berlangsung mulai 7-17 2016 di MAEPS Serdang.  Bonde teringgin nak pergi, tapi sehingga hari ini tak lepas peluang ke sana!

Sebelum ada nampak kawan-kawan yang pergi up loud gambar di FB cantiknya... 

Bunga-bunga rose dan tulip bercahaya dengan neon lampu led seperti berada di taman bunga yang sebenar.  Memang nampak sangat cantik!

Parking info sini.. untuk pembaca semua... :)





"The Nightscape of Light Sensation - Love Series"


Adalah acara unik, berwarna-warni dan memukau, yang bekerjasama dengan Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang ( "MAEPS"), akan diadakan dari 7 September 2016 sehingga 17 September 2016 dan terletak di MAEPS . Acara itu akan menampilkan sejumlah 30,000 Light Emitting Diode ( "LED") bunga ros putih dan 708 bunga ros pegang tangan LED akan menyala dalam relay.

Acara itu akan memecahkan Guinness World Record sebagai "The Most Lampu LED Lit dalam Relay" dan bertujuan untuk mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa dan membawa pengiktirafan di seluruh dunia kepada negara. 


Semasa acara ini di MAEPS, 30,000 bunga ros putih LED akan ditanam di atas tanah untuk membentuk bentuk bunga raya, yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Acara ini bertujuan untuk menggalakkan perpaduan, dan juga untuk menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2016, dan Hari Malaysia pada 16 September 2016. White berwarna LED mawar adalah simbol-simbol kesucian, cinta, harapan, pemutus dari ketakutan dan sebagai cahaya pada masa-masa kegelapan. Acara ini juga bertujuan untuk menggalakkan amal untuk membantu anak yatim. Acara ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang harmoni dengan menggalakkan kasih sayang terhadap semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia, jantina, bangsa, budaya dan bahasa. 

light sensation ticket charge

Light Sensation bermula pada 05:00 setiap hari dan pengunjung dialu-alukan untuk mengambil gambar bunga ros putih LED, manakala disertai dengan muzik untuk mewujudkan suasana yang hangat. Pandangan yang menakjubkan di bawah langit terbuka akan memberi inspirasi kepada imaginasi dan menggalakkan kegembiraan dan kasih sayang di kalangan pengunjung dengan pemandangan mengagumkan itu. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang menarik bagi pengunjung seperti roda Ferris, sebuah menara tinjau, zon melarikan diri, trak makanan, serta stesen cenderamata.



Harga Tiket : ticket-prices/

Dewasa : RM 20.00

Kanak-kanak : RM 5.00


~ Bonde Senyum Riang ~

Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang.

giveaway penghargaan rm100 anjuran kennymerligal


Giveaway penghargaan cash rm100 by kennymerligal | mencari 5 orang pemenang bertuah bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak rm20 untuk setiap seorang. Giveaway ini akan bermula pada 1 September 2016 dan berakhir pada 30 September 2016.


Cara untuk menyertai:

  1. Buat satu entry blog bertajuk "Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal".
  2. Copy dan paste banner diatas ke dalam blog post anda atau gunakan kod yang telah disediakan dalam ruangan textarea dibawah.
  3. Backlinkkan entry ke sini.
  4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen artikel giveaway sahaja. 

Syarat syarat :

  1. Blogger Malaysia.
  2. Follow blog kennymerligal 
  3. Follow instagram
  4. Follow twitter
  5. Like facebook page 
    (* syarat yang kedua adalah wajib manakala yang selebihnya terpulang kepada  anda )

    Hadiah :

    1. Wang tunai RM20 x 5 orang pemenang bertuah.
    Pemenang akan dipilih secara rawak oleh admin dan keputusan akan diumumkan selepas tamat giveaway. Semoga penganjuran giveaway ini dapat merapatkan lagi tali persahabatan di kalangan rakan rakan blogger. 


     
     ~ Bonde Senyum Riang ~

    LIRIK LAGU KU RELA DIBENCI [ AIMAN TINO ]

    $
    0
    0

    Ku Rela Dibenci




    Ku ketawa kau menangis Engkau tertawa aku menangis Hanya dirimu oh sayangku
    Kesudahan tiada henti Hanya yang tinggal igauan mimpimu Ternanti-nanti Sering kali aku diuji Air mata ku terus mengalir Membasahi di dadaku Hanya ratapan di dalam hati Moga tercipta kesudahan yang di nanti Ku ingin ku dibenci olehmu Agar kenangan manis terus terpadam Selamanya Menghitung menunggu mati Agar kau jumpa yang di nanti Semoga pemergianku ini Terbaik untukmu Tak sanggup ku dibohongi Ku rela di jemput Ilahi Kerna dia ku sanggup pergi Hanya di sana kekal dan abadi Ku ingin ku dibenci olehmu Agar kenangan manis terus terpadam Selamanya Menghitung menunggu mati Agar kau jumpa yang dinanti Semoga pemergianku ini terbaik untukmu Tak sanggup ku dibohongi Ku rela di jemput Ilahi Kerna dia ku sanggup pergi Hanya disana kekal dan abadi Hanya disana kekal dan abadi




     
     ~ Bonde Senyum Riang ~

    TAWARAN KHAS UNTUK ANDA PEMINAT SETIA NESCAFE!

    $
    0
    0
    Assalamualaikum Dan Selamat Pagi

    Bagi anda peminat setia Nescafe, ini ada tawaran yang disediakan untuk anda..

    Mulakan pagi anda dengan secawan nescafe dengan mudah untuk mendapatkannya dengan sekali tekan sahaja.

    Memperkenalkan : 

    Barista Nescafé: 


    Libatkan Piala Perfect Nescafé Gold Blend Setiap Masa Bagi pencinta kopi, tiada apa yang lebih memuaskan selain daripada bangun untuk secawan besar kopi. 

    Tetapi jika anda menjalankan lewat dan anda tidak mempunyai masa untuk menyediakan air dan granul kopi, ini adalah apabila mesin kopi boleh menjadi berguna. 

    Nescafé adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan formal. Satu jenama yang diiktiraf di seluruh dunia, mereka sentiasa berada dalam mencari cara yang lebih baik dan lebih besar untuk menikmati cawan minuman hitam. 

    Sehingga lewat,

    selain membangunkan dan mengeluarkan pelbagai perisa kopi dan serbuk, mereka juga telah mengambil inisiatif membangunkan mesin kopi mereka sendiri yang direka khas untuk membantu pengguna mereka untuk mempunyai pengalaman kopi minum yang lebih mendalam. 

    Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pengalaman yang lebih mudah dan unik menyediakan dan menghidangkan cawan terbaik Nescafé kopi, mereka kini melepaskan kopi mereka mesin terkini setakat ini, Nescafé Barista. Eksklusif dilancarkan pada Lazada Malaysia, kini anda boleh mempunyai cawan yang sempurna setiap kali dengan mesin kopi Nescafé Barista!

    [KLIK BANNER DIBAWAH UNTUK MELIHAT TAWARAN YANG DISEDIAKAN DILAZADA]

    http://ho.lazada.com.my/SHHt3W

    Nikmati Piala Best of Nescafé Gold dengan Nescafé Barista!

    Nescafé Barista!

    Tidak seperti serbuk kopi yang lain oleh Nescafé, Blend Nescafé Gold adalah dirawat khas dan bersedia untuk aroma yang lebih tersendiri dan rasa. Campuran Arabica dan Robusta biji kopi, setiap cawan kopi menjanjikan rasa hebat setiap kali. Untuk itu, Nescafé telah datang dengan mesin kopi mereka sendiri yang direka khas untuk mengendalikan rasa mantap Arabica dan Robusta di Nescafé Gold. Mesin ini bukan sahaja menjadikan ia lebih mudah bagi anda untuk menyediakan dan menyampaikan suatu cawan kualiti kopi setiap masa tetapi ia juga dilengkapi dengan pelbagai kaedah penyediaan dengan hanya beberapa sentuhan panel kawalannya. Dengan tetapan yang istimewa, Nescafé Barista menawarkan lima jenis kopi dari mesin dan kopi granul sama. Dari merasa manis Latte Machiatto untuk Cappuccino, Americano, Lungo dan sengit Espresso, Lazada Malaysia adalah tempat di mana anda boleh mendapatkan yang terbaik Nescafe Barista harga mesin kopi di Malaysia.

    Nescafé Barista!

    Nescafé Barista!

    Mengapa Anda Perlu Pilih Nescafé Barista? 


    Nescafé Barista direka khas untuk mengendalikan dan menyediakan Nescafé Blend Gold. 

    Satu mesin tunggal boleh menyediakan lima jenis kopi yang berbeza. 

    Mesin ini adalah cepat, mudah untuk digunakan, dan mudah.

    Dengan sekali tekan anda dapat menikmati minuman : Latte Macchiato, Espresso, Lungo, Cappuccino, Americano.


    Nescafé Barista!

    Klik sini untuk tawaran : Nescafe Barista

    ~ Bonde Senyum Riang ~

    TONTON ONLINE ABANG BOMBA I LOVE YOU [ FULL EPISOD ]

    $
    0
    0
    Assalamualaikum Dan Selamat Petang...


    SINOPSIS ABANG BOMBA I LOVE YOU

    Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

    Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.


    TONTON ONLINE ABANG BOMBA I LOVE YOU 

    [ FULL EPISOD ]

    [1] [2] [3] [4] [5] update



    Pelakon Abang Bomba I Love You :

    Hisyam Hamid sebagai Rayqal

    Amira Othman sebagai Lily

    Nadya Syahera sebagai Mawar

    Jaslin Puasa 




     
     ~ Bonde Senyum Riang ~

    TONTON ONLINE UDA DAN DARA [ FULL EPISOD ]

    $
    0
    0

    Tonton Online Drama Adaptasi Novel

    UDA DAN DARA FULL EPISOD





    Hasil carian imej untuk UDA DAN DARA




    Hasil carian imej untuk UDA DAN DARA





    SINOPSIS UDA DAN DARA




    Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

    Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

    Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

    Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

    WATAK PELAKON

    Zul Ariffin sebagai Izzat Hilman
    Siti Saleha sebagai Siti Mariam 
    - Adik Putri Damia sebagai Siti Mariam
    Idris Khan sebagai Imran
    Dilla Ahmad sebagai Datin Nora
    Anis Al-idrus sebagai Khalida
    Dynas Mokhtar sebagai Kak Yah 
    Zuhairah Zahir sebagai Norly
    Ezzaty Abdullah sebagai Nurul Huda
    Arash Mohd sebagai Abah Majid
    Sherry Merlis sebagai Zaharah
    Nazia Mustafar sebagai Kak Aida
    Atiqa Farhana sebagai Nija
    - Adik Dania Syafi sebagai Nija
    Shahrul nizam sebagai Sahlan
    Balkisyh Semundur Khan sebagai Rokiah



    Hasil carian imej untuk UDA DAN DARA



    Hasil carian imej untuk UDA DAN DARA

    Hasil carian imej untuk UDA DAN DARA

    ~ Bonde Senyum Riang ~

    SEGMEN : MaxisCelcomDigiFree #jmbelog

    $
    0
    0
    Assalamualaikum Dan Selamat Petang

    Jom Join Segmen ni..

    SEGMEN : MaxisCelcomDigiFree #jmbelog

    [ KLIK BANNER UNTUK JOIN ]



     
     ~ Bonde Senyum Riang ~
    Viewing all 2180 articles
    Browse latest View live