Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Hai reader semua.
Hari ni Bonde nak kongsikan satu project DIY Bonde untuk cover notebook acer Bonde, Lama dah umur notebook ni, lebih kurang 10 tahun jugak rasanya... hingga rupa dia dah tak berapa nak cantik, walau tak cantik... tapi dah banyak berjasa pada blog Bonde, dulu-dulu nak update pakai ni sahaja hu hu hu
Memandangkan dah tak cantik, Bonde berniat nak bagi cantik sikit, belikan cover baru untuk dia...
Cover pon beli dekat Mr. Diy sahaja.. jimat dan murah...untuk notebook sekeping sahaja sudah mencukupi, kalau untuk laptop kene beli 2 keping.
Notebook acer Bonde, 10 Inci.
1. Stiker leopard yang Bonde beli RM 2.90 sahaja, ada beberapa corak lain juga. Bonde beli dua ni.. satu warna pink dan satu warna coklat... yang warna coklat Bonde dah potong ikut saiz notebook.
2. Bahan-bahan yang diperlukan ialah pencil, pembaris dan gunting.
3. Dah siap... potong buka lapisan stiker dan tampal pada notebook pelahan-lahan supaya tak lari.

Tadaaaa dah siap... cantik tak?
Anda bolehlah follow step by step untuk DIY cover notebook.
lebih-lebih tu, Bonde buat penanda alatan pejabat Bonde, bukan apa selalu hilang benda-benda ni time nak guna mesti tak ada atas meja.
Sayang pulakkan... nak buang.... tadaaaaaa comel tak... lepas ni tak boleh dah nak mengaku barang-barang ni semua orang lain punya... dah tahu siapa yang punya.. sebelum tuannya mengaummmm baik pulangkan ha ha ha

~ Bonde Senyum Riang ~