Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

SELAMAT HARI RAYA, MENU PAGI SYAWAL 1438H...

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...


Hai reader semua...

Semalam Bonde janji nak kongsikan cerita-cerita sambutan Syawalkan... Baiklah disini Bonde kongsikan cerita tersebut.  

Seperti yang telah dimaklumkan,  Tahun ini, Bonde beraya di Kampung Bonde dahulu, iaitu di Sungai Pelek, Jadi untuk Menu pagi raya tahun ini Bonde dan Kak Long dah bincang nak masak apa seminggu sebelum raya lagi. (xcited)

Walaupun masak simple-simple perancang perlu ada.  betul tak? sambil-sambil masak untuk juadah pagi syawal, masak juga menu last Ramadhan.

Perancangan perlu ada, bukan apa, nak beli bahan-bahan nanti senang.  Tak lah 10 kali kene pergi kedai/pasar sebab ada jer bahan yang cukup hu hu hu. (memang taklah sebabnya... kalau dah mula masak didapur.. tak akan ada masa nak keluar-keluar cari bahan lagi hu hu hu).


SELAMAT HARI RAYA, MENU PAGI SYAWAL 1438H


Untuk menu raya kali ini, seperti apa yang dibincangkan, antara Bonde dengan Kak Long kami nak masak menu berikut :

1. Nasi Impit

2. Rendang Ayam

3. Daging masak ungkep

4. Kuah Kacang + Ayam

5. Masak lodeh pagi raya (kuah lodeh + sambal bilis garing)


Foto Zaidalifah Aisheteru.


Daging masak ungkep



Foto Zaidalifah Aisheteru.


Rendang Ayam



Foto Zaidalifah Aisheteru.


Kuah Kacang + Ayam



Foto Zaidalifah Aisheteru.

Kuah Kacang Bersama Nasi Impit


Foto Zaidalifah Aisheteru.


Masak Lodeh + Sambal Bilis Kering



Apa menu anda pagi syawal? Kongsikanlah dengan Bonde... mesti sedap tu, bagi Bonde terliur... 

Kalau ada entri anda tinggalkan dikomen.. nanti Bonde terjah blog anda...



~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180