Assalamualaikum...
Salam Petang... Tak sabar nak update Blog.. Maklumlah cuti raya AidilAdha dengan sambung cuti lagi, pada hari jumaat tapi tak mengizinkan Bonde untuk pergi beraya, kerana perut sakit huhhh ....
Malam tadi pulak Bonde hantar whatsapp dekat kawan mengingatkan tentang game bowling pagi ni, last-last dia call balik dan cakap minta gantikan dia... ada kecemasan kene balik kampung mentuanya tidak sihat.
Di sebabkan ni kes kecemasan, nak tak nak sebagai pengurus kene lah gantikan juga bidan terjun..
Perserta Bowling MPSepang :
MS aka Sabri
MA aka Ayu
HN aka Kanda
Z-Bonde
Selfie sikit...
Terima kasih Hartalega kerana menjemput kami.. Acara kali ni adalah secara individu, Wakil MPSepang telah memenangi tempat pertama iaitu Ayu, kedua dari PDRM dan Sabri tempat Ke tiga, Horeyyy Alhamdulillah wakil MPSepang dapat tempat.
Makan tengahari ditaja oleh Hartalega di The Windmill Station.
Kami diberi peluang untuk order sesuka hati.
Set Salmon Grill pilihan Bonde, Fatin order lamb Chop dan Kanda Lamb Chop + Nasi Goreng.
Mush Potato
Choclate Mocha kanda yang Order, Bonde order Apple Jus &
Fatin Ice Lemon Tea
Pencuci Mulut Ice Cream Oreo Delight ini Fatin yang Order.