Assalamulaikum Dan Selamat Petang...
Hai reader semua,
Hari ni, Bonde nak share sayur fav Bonde ketika bulan Ramadhan ni... Bonde memang suka makan sayur-sayuran, Kebanyakkan sayur-sayuran Bonde akan makan masa panas-panas barulah terbuka selera nak makan.
Selalunya sayur-sayurlah akan dimasak paling last sekali,
Sayur Fav ni, sedap makan masa buka puasa dan juga masa sahur. Makan dengan nasi panas-panas sudah memadai kenikmatannya.
RESEPI KAILAN IKAN MASIN.
Bahan-Bahan:1 Ketul ikan tenggiri masin ( goreng terlebih dahulu dan hancurkan/buang tulang)
1 ikat sayur kailan (Bonde suka yang baby kailan)
4 Ulas bawang merah (dihiris)
3 Ulas bawang putih (ketuk-ketuk)
1 camca sos tiram
3 biji cili api (dihiris) (boleh letak lebih kalau suka pedas)
sedikit air masak
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara Memasak:
1. Masukkan minyak tunggu sehingga panas. Kemudian goreng ikan tenggiri masin tadi sehingga garing dan angkat.
2.Selepas itu masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga naik bau.
3. Lepas tu, masukkan ikan masin yang telah dihancurkan tadi, cili api yang telah dihiris, sos tiram dan juga air masak. Kemudian masukkan sayur kailan.
3. Goreng sayur kailan sehingga daun sedikit layu.
4. Angkat selepas warna kailan jadi hijau layu. Sedia untuk dimakan...
Sedapnye... selamat mencuba :)

~ Bonde Senyum Riang ~