Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

GIVEAWAY POSKAD ANIMASI AIDILFITRI BY BONDE ZAIDALIFAH

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua...

Bonde ada info nak buat Giveaway Poskad Aidilfitri ni dekat FB semalam, GA kali ni, Bonde nak bagi free pada anda 4 orang yang bertuah...


GIVEAWAY POSKAD ANIMASI AIDILFITRI BY BONDE ZAIDALIFAH




SYARAT-SYARAT GIVEAWAY :

Copy Banner diatas dan buat tajuk entri :

GIVEAWAY POSKAD ANIMASI AIDILFITRI BY BONDE ZAIDALIFAH

Follow semua media sosial Bonde yang ada dibawah ini:

Blog : www.bondezaidalifah.com

FB : www.facebook.com/zaidalifah_aisheteru

IG  : www.instagram.com/zaidalifah_aisheteru/

Tweets : www.twitter.com/zaidalifah

Tarikh Mula : 31 Mei 2017 (12.00 TGH)


Tarikh Tamat : 5 Jun 2017 (12.00 TGH) 

*** pemenang akan dipilih mengunakan sistem Random

[ INFO DARI POS MALAYSIA BERHAD ]


POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) meneruskan tradisi meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan memperkenalkan Poskad Animasi Aidilfitri (PAA).

Pek PAA ini mengandungi empat poskad Hari Raya Aidilfitri yang didatangkan dengan pelbagai reka corak termasuk setem 50 sen yang membolehkan para pelanggan menggunakan telefon pintar atau tablet, menonton animasi termasuk bunyi menerusi aplikasi Augmented Reality (AR).

PAA gabungan teknologi digital dan kad berbentuk fizikal dan merupakan inisiatif Pos Malaysia mendidik generasi muda mengenai nilai kenangan sekeping kad ucapan perayaan yang semakin pupus.

"PAA ini berharga RM5.90 dan akan dijual di semua Pejabat Pos Besar dan pejabat pos terpilih. Pembeli kemudian boleh memuat turun aplikasi Poskad AR menerusi Google Play atau Apple Play Store, dan mengimbas poskad untuk menikmati animasi suasana raya," .

Pos Malaysia menggalakkan penghantaran kad ucapan perayaan kepada keluarga serta kenalan di seluruh Malaysia dengan menawarkan kadar penghantaran istimewa domestik bernilai 50 sen bermula 29 Mei hingga 20 Jun 2017. 

"Pada masa kini, sesuatu ucapan itu dikirim dengan hanya menekan satu butang sahaja di hujung jari kita, tetapi, untuk menerima serta menulis ucapan pada sekeping kad itu amatlah bermakna, kerana ianya lebih kepada sentuhan peribadi dan berbentuk nostalgia.


[ 4 DESIGN POSKAD AIDILFITRI ]

1. Design yang pertama suasana beraya di kampung dengan alunan lagu selamat hari raya serta ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan kemeriahan bermain bunga api.

POSKAD AIDILFITRI

2. Design kedua Gambar Masjid - Alunan Takbir Hari Raya dan ucapan Selamat Hari Raya.

POSKAD AIDILFITRI

4. Design ketiga uasana balik raya di kampung dan alunan lagu balik kampung dan bermain bunga api.

POSKAD AIDILFITRI


4. Design Keempat Suasana balik raya di kampung dan alunan lagu balik kampung dan bermain bunga api.

POSKAD AIDILFITRI


Ralit Bonde tengok animasi ni tau... canggih betul ciptaan moden zaman sekarang...

Anda boleh search Poskad Aidilfitri dekat utube ramai dah orang share video tentang poskad ni.

[ MACAM MANA NAK DAPATKAN POSKAD AIDILFITRI ]

Boleh dapatkan di Pejabat Pos berdekatan anda...

4 Keping RM 5.90 + gst RM 6.25

~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180