Assalamualaikum Dan Selamat Petang....
Hai reader semua, Haaaa... anda mesti tak sabarkan nak tengok full episod Drama Hero Seorang Cinderella maklumlah... Fattah Amin yang berlakon sebagai hero dan Fazura pula sebagai heroin...
Sebenarnya,
Drama ni adaptasi dari novel terbitan karyaseni, diulangi karyaseni... bukan kakinovel maybe ada kesilapan sedikit, tak apa nanti penerbit drama kasi betulkan yea...
Drama ini boleh ditonton di Slot Mega Drama (Astro Ria), Drama diarah oleh Michael Ang, terbitan Cube Film Sdn Bhd dan drama ada 24 episod... wahhh bolehlah peminat Fattah dan Fazura felling-felling layan drama ni...

TONTON FULL EPISOD HERO SEORANG CINDERELLA
[11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24]

[Watak Pelakon Hero Seorang Cinderella]
Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam
Nur Fazura sebagai Nura Medina
Zizie Izette sebagai Puan Sri Mawar
Uqasha Senrose sebagai Puteri Emallyn
Fikry Ibrahim sebagai Farizzam Aedy
Ashraf sebagai Darius


Nura Medina

Tengku Ian Uzzam

Nura Medina dan Tengku Ian Uzzam



[SINOPSIS HERO SEORANG CINDERELLA]

Kisah seorang Cinderella bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam.
Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.
Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.
Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.
Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya?
p/s : selamat menonton... 😍 😍 😍 😍 😍

~ Bonde Senyum Riang ~