Sekalung tahniah buat pasangan Lisa Surihani & Yusry

Suntingan dari Harian Metro :
Sekalung tahniah buat pasangan Lisa Surihani, 29, dan Yusry Abdul Halim, 42, atas kelahiran bayi perempuan mereka pada 15 September lalu.
Lisa selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.4 kilogram di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, jam 11.44 malam. Kelahiran bayi perempuan itu juga anugerah Allah yang sekian lama dinantikan pasangan ini yang berkahwin pada 23 Februari 2012.
Sejak berkahwin, Lisa dan Yusry mendapat jolokan pasangan selebriti paling romantis dan peminat tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata penyeri rumah tangga mereka berdua.
Berita ditunggu-tunggu itu tiba Januari lalu apabila Lisa mengesahkan desas-desus kehamilannya tetapi enggan bercerita lanjut kerana mengikut pesanan orang tua supaya tidak menghebohkannya pada peringkat awal.
Manakala nama bayi akan diumumkan setelah bayi berusia 7 hari, tak sabar nak tengok muka anak Lisa dengan dekat dan nama anak mereka nanti.
Sabar menunggu yea...