Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

JANJI TEMU DENGAN DOKTOR PAKAR

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam....

Hai Reader semua,

Diharap anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya... Tibalah masa yang dinantikan! 28 Disember 2016 (Rabu) Janji temu dengan doktor pakar di hospital Putrajaya.

Bukan Bonde nak kecoh dekat blog tentang perjumpaan Bonde dengan Doktor tapi lebih kepada catatan Bonde sendiri takut tak ingat.

Memang sebelum nak masuk jumpa pakar ni memang sangat nebes dan tak tentu arah rasa dag dig dug dalam hati tak usah nak cerita.

JANJI TEMU DENGAN DOKTOR PAKAR 28 DISEMBER 2016

Masuk je dalam bilik Doktor tu, Doktor terus baca sejarah Bonde dekat Hospital Putrajaya tu... semuanya ada dalam rekod hospital.  Kata Doktor Bonde pernah bersalin di Hospital Putrajaya .  Bonde cakap itu sejarah 14 tahun lepas. Anak saya pun sudah masuk 14 tahun semalam 27 Disember 2016 Doktor.  Doktor kata mesti ada cuba nak tambah anakkan tapi tak ada rezeki yea. Tak apa kita chek masalah puan.

Takut... tapi bila dapat Doktor yang baik, dengan ayat-ayat sopan Bonde jadi sedia sepenuhnya nak buat pemeriksaan dan rawatan lanjut hari tu.



SCAN RAHIM DAN UJIAN PAP SMIER



Ramai yang takut buat ujian Pap Smier kan! Bila Doktor buat Scan pada perut memang rasa berdebar tu datang balik... hu hu hu seram... Tapi nak baik punya pasal Bonde jadi berani.  Bila buat Scan dari atas perut memang tak nampak apa... Doktor buat Scan dari bawah pula.  Masa ni kena betul-betul tenang dan relax.

Doktor kata, beri kerjasama dengan Doktor ikut apa yang diarahkan InsyaAllah tak sakit.... Alhamdullillah pemeriksaan berjalan lancar dan yang paling Bonde takutkan selama ini dah terjawab. 

Alhamdulillah syukur, Bebas dari sebarang kancer atau ketumbuhan.  

Tapi Doktor buat pemeriksaan ke atas darah... sebab Doktor cakap muka Bonde agak pucat, takut kekurangan darah.  Jadi kene pergi ambik darah pula.

Tunggu selama setengah jam untuk dapatkan keputusan darah, disebabkan perut lapar dan belum bersarapan.  Bonde tetap tunggu dekat tempat menunggu tu, takut nombor giliran/nama terlepas apabila dipanggil.

Selepas 45 minit baru nama dipanggil naseb baik tak ke cafe, sebab perut dah tak tahan lapar sebenarnya.

Masuk bilik Doktor yang sama,
Doktor maklumkan dari pemeriksaan darah tadi, Bonde kurang disahkan kurang darah.  Doktor tanya lagi kepala pening tak? rasa nak pitam/pengsan?  Bonde kata tak rasa pun... Doktor tu agaj tak curiga dan di kata ikutkan kene masuk darah, tapi simptom pening-oening tak rasa.  Doktor kata kalau ada rasa dan jadi macam tu terus pergi emergensi (unit kecemasan ) untuk masukan darah.


UBAT-UBATAN YANG PERLU DI MAKAN

POST/PRE NATAL VITAMIN & MINERAL TAB 
- Sehari 1 biji



TRANEXAMIC 250MH CAP

- 2 Biji 3 X sehari


METFORMIN HCL 500MG TAB

- 1 Biji 2 X sehari


CATATAN MENSTRUAL BLEEDING CHART


- Kene catat setiap hari.


Setiap manusia memerlukan kesihatan yang baik.  InsyaAllah ini usaha Bonde ke arah memiliki kesihatan yang baik.

Kalau ada diantara  anda yang mengalami masalah hormon tak balance macam Bonde marilah share tip dan jadual pemakanan anda,   Mana yang baik nanti Bonde praktikan dan amalkan InsyaAllah.


~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180