
Apa yang buat Bonde teringgin sangat nak makan Nasi Arab ni adalah gara-gara tengok iklan dekat FB SABA RESTAURANT.
Kebetulan hari berkenaan adalah hari gaji... Bonde pon text Kanda ajak dia Lunch. "Pucuk dicipta ulam mendatang..." Kanda setuju dengan pelawaan Bonde (berani dia nak hampakan hi hi hi bukan selalu Lunch sama ) Kanda tak tolak, Kanda cakap ok... Yes dapat juga makan nasi Arab, dia punya teringgin kalahkan ibu mengidam tau...
SABA RESTAURANT CYBERJAYA

LUNCH BUFFET

Bonde datang makan Lunch Buffet ni Sempena Year End Promotion Isnin hingga Jumaat dari 11.30 pagi - 3.00 petang, memang jimat sangat hanya RM 15 sekepala, Dengan RM 15 dapat makan :

- Nasi Arab



- Ayam Kabsah/Hanit/Mandi

- Saba Salad

- Dall Curry

- Salsa

- Air Lemon Juice/Syrup
Air lemon ni Bonde suka sangat... memang sedap
- Buah-buahan tembikai merah /tembikai susu
Menariknya makan Buffet lunch ni anda boleh ulang makan selagi anda rasa mampu nak makan. Jangan ambik tak makan lepas tu buang! itu membazir namanya! Jangan tamak makanlah setakat anda mampu.
Kalau gambar menu diatas buah anda terliur dan rasa nak terjah SABA RESTORANT dekat bawah ni ada map, alamat dan nombor telefon untuk anda call kalau sesat he he he.

Address : 4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1, Jln Perdana, CBD Perdana Cyberjaya
Contact No.: 03-83202544/ 03-83119155
Contact No.: 03-83202544/ 03-83119155
PIC KREDIT : FB SABA RESTAURANT
