Assalamualaikum Dan Selamat Petang....
Cerita bersambung... Dari sini kami meneruskan perjalanan ke Idaman Suri, Tak sahlah kalau ke Langkawi tak singgah dekat Kedai Idaman Suri. Disebabkan Bonde tak buat tambahan luggage, Bonde hanya cuci-cuci mata dan survey sahaja dahulu...
Kenapa Idaman Suri adalah Idaman Wanita ?
Kerana di Idaman Suri ada banyak menjual barang seperti Pinggang Mangkuk, Aksesori, Gifts, kain dan banyak barang lagi.
Idaman Suri, dah tak jual coklat dan gula-gula tau.. jadi jangan berangan nak beli coklat dekat situ yea...
Masa dekat Aeon Seri kembangan Bonde ada tergoda dengan satu benda ni, memang dekat rumah tak ada lagi benda ni, memang teringin nak ada 1 supaya senang nak letak cake nanti atau nak hidang kuih atau muffin. Comel je harga pun agak murah...dekat langkawi baru RM 24.90 masa tengok dekat Aeon Seri Kembangan Hari tu harga dia RM 30+
Comel tak ?... Dulang alas cake ni!
benda first , Masuk dalam list untuk dibeli akan datang.
Lepas tu Bonde rasa dekat Idaman Suri memang ada banyak benda baru dan macam-macam design pinggan mangkuk yang terkini macam bekas lauk dekat bawah ni...tergoda lagi adoiii macam mana ni? Bekas lauk dekat bawah ni dahlah murah? memang design ni tak pernah nampak dekat mana-mana lagi... comel je siap ada penutup tu.. Nampak tak? Benda second, Masuk dalam list untuk dibeli akan datang.

Ketiga design terkini dulang yang penuh warna-warni corak flora... memang sangat menarik, cantik sangat.. Bonde suka tengok telah berpikir yang masuk dalam senarai untuk dibeli pada masa akan datang atau tidak....
Cantik tak? Bekas buah atau tempat letak kuih muih bertingkat ni?

MasyaAllah,Dulang Perhiasan suka tengok... cantik sekali.. macam design dulang-dulang Istanbul... kelas gitu...
Harga pun mampu milik tau! tengoklah...
Next time datang memang nak beli hu hu hu
Alas Teko atau hiasan dinding... corak-corak sangat menarik perhatian... yang ni masuk list jugak nak beli next time!
~ Bonde Senyum Riang ~