Assalamualaikum Dan Selamat Tengahari...
Malam Semalam Bonde dapat melepaskan keinginan untuk makan Durian... Sebenarnya dari Langkawi hari tu dah terpandang-pandang buah Durian ni. Bila balik makin menjadi-jadi pulak dok teringat-ingat Kebetulan Kanda di minta oleh rakan kerjanya untuk membeli buah Durian kononnya Kanda tu pro dalam memborong Durian yea ke napa Bonde tak tahu pun sebelum ini? hi hi hi.
Baiklah dah alang-alang membeli baik Bonde duduk makan dekat situ.. Sebab kalau hidu bau sahaja, Boleh pusing kepala lepas tu pening lalat.
Tempat kami beli Durian ni area Cybervalley Dengkil, Durian dijual dekat atas lori tepi jalan...
Tapi ini bukan macam Durian yang viral tu yea! ishhh jangan diingat-ingat lagi potong selera nak makan nanti.
Disebabkan masa kami singgah tu dah menunjukan jam 11.00 malam.. Dan nampaknya kamilah pelanggan terakhir semalam dapatlah Bonde rasa Durian 3 Jenis dibawah :
Musang King Rm 30-40 sekilo
Harga durian ni memang agak mahal tapi rasa dia 5 Bintang..... memang sangat sedap... tengok je dah tangkap leleh.
Durian IOI Rm 20-25
Durian Kampung RM 12-18 Sekilo
Syukur dapat makan Durian... memang puas hati sangat, yummy... makan sampai jilat jari tau. betapa sedapnya...
