Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA TAHUN 1437 H / 2016 BAGI NEGERI SELANGOR

$
0
0

Assalamualaikum dan Selamat Malam,

Isnin hadapan bersamaan 1 Ramadhan, pasti semua dikalangan kita yang sebok berkerja adakalanya akan berbuka didalam kenderaan dalam perjalanan balik kerja, mungkin pada cuti sekolah ni ada yang nak berbuka dikampung halanan,,, dalam perjalanan balik tak tahu dah azan ke belum? lepas tu buka radio kereta rosak pula, macam-macam halkan! untuk itu apa kata anda print out siap-siap jadual ni untuk kesenangan anda dibulan ramadhan nanti.

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA TAHUN 1437 H / 2016 BAGI NEGERI SELANGOR

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Selangor Zon 1

Bagi yang dah lupa lafaz niat puasa bolehlah print out sekali jadual di atas dan niat puasa dibawah ni.

NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN

NIAT PUASA RAMADHAN ESOK HARI

Pengertian puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut :

Al-Quran Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.

Hadis Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

CARA LAFAZ NIAT HARIAN DAN SEBULAN PUASA BULAN RAMADHAN 

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Harian) نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sepenuhnya (Sebulan) نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

BACAAN DOA BERBUKA PUASA اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين Bahasa rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Lafaz Niat Puasa Ramadhan


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180