Assalamualaikum dan Selamat Tengahari.
Apa Khabar hari ini, Moga kita semua dilindungi sentiasa.. InsyaAllah Aamiin.
Alhamdulillah pagi ni 9 Mac 2016 sempat Bonde rakamkan gambar Matahari sebab hari ini adalah di jadualkan akan berlakunya :
"Gerhana Matahari"
Gambar ini dirakamkan mengunakan camera hp samsung note 2, maaf kalau gambar tak berapa nak cantik.. tapi bagi Bonde...
SubhanaALLAH cantik dan indah sekali.
(gambar 1)
(gambar 2)
(gambar 3)
(gambar 4)
(gambar 5)
(gambar 6)
(gambar 7)
info dari :
1. amanz.my
Gerhana Matahari Separa Boleh Dilihat Di Malaysia Pada Hari Rabu Ini, 9 Mac
Gerhana matahari adalah salah satu fenomena yang jarang berlaku, dan untuk tahun ini, ia bakal boleh dilihat oleh penduduk di Malaysia pada pagi 9 Mac 2016 ini. Di Malaysia, kita hanya akan dapat melihat gerhana matahari separa sahaja, sementara mereka yang berada di Sumatra, Borneo, Sulawesi dan Lautan Pasifik boleh melihat gerhana matahari penuh.
Gerhana matahari ini berlaku apabila bulan melalui antara matahari dan bumi – membuatkan matahari tertutup dan hanya sebahagian sahaja yang kelihatan. Kejadian ini boleh dikatakan sangat jarang berlaku – sekitar hanya sekali setahun.

Di Malaysia, gerhana matahari separa ini boleh dilihat antara pukul 7.24 pagi sehingga 9.31 pagi pada hari Rabu ini, 9 Mac. Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk tidak melihat terus ke matahari tanpa menggunakan sebarang penuras kerana ia berupaya memberikan kesan terhadap mata anda.
Bersempena dengan ini juga, pihak ANGKASA akan mengadakan sebuah acara khas di Planetarium Negara untuk melihatnya dari 7 pagi sehingga 10 pagi.
Untuk makluman, jika anda terlepas untuk melihatnya pada minggu ini, anda perlu nantikan sehingga 26 Disember 2019 untuk melihatnya berlaku sekali lagi di Malaysia.
