Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

ELAK SUNBURN GUNAKAN BB KRIM

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Bonde nak bagi tahu pada semua pembaca tentang 1 produk ni memang bagus sekali, sebab apa bagus... memang cadangkan pada anda semua pakai produk ni...

Jika sebelum ini, Kulit muka Bonda memang sangat sensitif dengan aktiviti luar yang lasak.. maklumlah sekali-sekali join aktiviti lasak muka yang selalu dok dalam ekon ni memang manja sangat, sikit-sikit nak terbakar atau sunburn.

Tapi kali ni memang agak terkejut sebab pertama kali guna BB Krim dari Cosmoderm memang tak terbakar langsung kulit muka Bonde, tak perlu nak jawab dengan soalan-soalan kawan-kawan kenapa muka terkopek-kopek ? kenapa muka mengelupas? 

Nak tahu tak memang rasa lega sangat sebab kulit muka tak perlu penjagaan yang rapi sangat nak servis berjam-jam depan cermin, lepas buat aktiviti lasak seperti berpanas dan kering masa dekat Taman Negara Hari tu.

Bonde rasa BB Krim ni memang perlu ada pada anda yang suka buat aktiviti lasak dan jadikan sebagai peneman setia anda juga sepanjang menyertai apa-apa aktivi.

Lepas ni Bonde akan letak dekat dalam list keperluan Peribadi terpenting perlu ada semasa menghadiri kursus, event lasak, latihan yang diberi oleh pejabat mahupun event anjuran KBBA.


Bonde kongsikan sedikit tentang 

BB Krim :


MINYAK TEA TREE

Krim BB 30ml
dengan minyak Tea Tree
Sesuai untuk Kulit Berminyak 
MEMBANTU UNTUK :


Bedak Asas - formulasi ringan dan tampak seri, mudah dipakai sebagai bedak asas 
Mengembalikan kelembapan semulajadi kulit 
Mencerah dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan 
Tabir Suria dengan SPF35PA+++ , bertindak sebagai perisai kulit dari sinaran UVA yang rosakkan sel kulit punca penuaaan awal dan jeragat dan UVB punca kulit lebih gelap dgn menggalakkan pengeluaran melanin yang berlebihan 
Meredakan kemerahan dan Iritasi kulit wajah 
Boleh dibawa solat 
Gunakan bersama Vitamin E Makeup Remover untuk kulit bersih tanpa kotoran

CARA NAK GUNA :

Selepas membersih dan menyegar muka, sapukan Krim BB dengan menggunakan hujung jari anda dan sapukan pada wajah dan ratakan 
RAMUAN BB KRIM  : 
Minyak Tea Tree, Minyak Jojoba, Kulit kayu manis & Glutathione
 untuk info harga pula :


RM 31.72 + GST 6% ( RM 2.03 )
Harga Tetap Sama 
PROMOSI RM 29.90




picitkan setitik Krim BB dengan menggunakan hujung jari anda dan sapukan pada wajah dan ratakan 


Titikan dimuka dan sapu rata.

Selamat mencuba :)

Klik banner dibawah untuk ke web cosmoderm:



~ Bonde Senyum Riang ~

~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180