Assalamualaikum... dan selamat malam,
Semalam Bonde ada kongsikan gambar semangkuk Kengsom yang Bonde Makan di Intagram dan Facebook.
RESEPI KENGSOM THAI @ ASAM PEDAS THAI

Sebenarnya,
Bonde pertama kali makan Kengsom ni dekat Hattyai hari tu, pertama kali cuba terus suka, Buat pengetahuan semua Bonde tak pernah masak lagi, Kengsom ni selepas makan di Hattyai hari tu, Bonde ada mencuba resepi yang sama di Restoran di Malaysia, Lokasi pertama Bonde cuba di Area Dato' Abu Bakar Banginda Bangi, Restoran MZ Cafe namanya.. Memang sedap sekali rasanya pon sama seperti makan dekat Hattyai hari tu, kali kedua Bonde cuba order dekat sebuah Restoran di Nilai Amira Seafood... memang puas hati rasa memang sebiji sama.
Semalam Bonde ke The Mines Shopping Fair balik singgah makan di Restoran MZ Cafe sekali lagi... Emmmm memang dah kecurlah air liur dalam mulut bila tunggu Kengsom tak sampai-sampai pula.
RESEPI KENGSOM THAI @ ASAM PEDAS THAI
Bahan-bahan:
1. Seekor ikan.
( Ikan Siakap, paling sedap masak ni, kalau nak guna ikan lain pon boleh.. kerat ikut macam biasa seekor saiz sedang-sedang cukup untuk makan 4-5 org.
2. Bawang Putih - 5/6 ulas *
3. Cili Padi - 10 biji (kalau nak pedas lagi, tambah lagi) *
4. Kunyit - setengah inci *
5. Belacan - besar ibu jari *
6. Nenas - sebiji.
(kalau tak suka nenas, letak separuh je. nenas ni cari yang masak jangan terlalu muda nak rasa manis air nenas tu)
7. Sayur Kangkung - seikat atau dua.
(ikut suka, kalau suka sayur, letak banyak pon tak pe.)
8. asam jawa
9. garam secukup rasa
Cara nak masak:
1. Blend semua bahan yang bertanda *
2. Letak bahan yang diblend tadi dalam periuk dan tambah air dan jerang. air ni korang agak-agaklah, kalau suka kuah banyak, letak banyak tapi kena pastikan bahan yang diblend tu balance la dengan air tu. kalau nak kuah lebih, anda boleh jugak tambah bahan-bahan yang dikisar tu jadi tak de la cair kuah nanti.
3. Lepas tu, agak-agak kuah dah mengelegak, letak ikan dan nenas.
4. Lepas tu, letak garam secukup rasa. jangan lupa asam jawa. bagi rasa masin masam manis semua la. manis dari buah nenas tu mmg umphh la. sebab tu nenas beli yang masak tau.
5. Last sekali baru letak kangkung. Kalau suka makan sayur, boleh letak kangkung sampai 2 ikat boleh juga tambah kubis bulat dan jagung manis bukan jagung yang kecik tu tau.
Selamat mencuba.