Assalamualaikum...
Memandang hari Isnin yang lepas Bonde telah mohon cuti (yes cuti yahuuuuuu) ada urusan dekat KL...
Baiklah JJCM kali ni Bonde nak kongsikan di:
CHICKEN RICE SHOP @ BERJAYA TIME SQUARE
Logo Chicken ni comel pulak tgk lama-lama siap berwarna warni.
Selfie bersama logo CRS
Dah lama rasanya tak makan di CRS...
Disebabkan pada hari itu, kami tak sempat nak makan tengahhari Bonde terpaksa ke KL mengejar masa.... kerana ada urusan dekat bank.
Selepas urusan selesai bonde ke Berjaya Times Square untuk menikmati makan tengahari (dah boleh anggap makan petang )

Nyonya Pai Tee ini fav Bonde... Yummy....sesekali makan memang sedap sangat.
Fav Fatin dengan Kanda ialah Ipoh Bean Sprouts
Baiklah, Semuanye sedap puas hati, layanan dari segi ambik order dan hantar makanan tidak makan masa yang lama.
Bagi 5 Bintang.... he hehe