Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

Kerabu Maggi Thai

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat petang, Hai pembaca semua... Bonde memang suka makan kerabu maggi.  Baru-baru ni Bonde ke Food Festival Thailand dan order Kerabu Maggi untuk makan disitu.

Kerabu Maggi Thai



Kerabu Maggi Food Festival Thailand Tak Cukup Bahan


Rasa kecewa sebab kerabu maggi yang dipesan tak cukup bahan, makanan laut letak sikit dan tak ada seekor udang pun (mungkin stok udang habis) rasa pun tak menepati citarasa Bonde yang memang love makanan Thai.


gambar ni masa dekat Food Festival Thailand macam tak cukup bahan-bahannya.

Daun ketumbar terlalu sikit ( Bonde suka daun ketumbar lebih, alahai sedih) harga sebungkus RM 12.00.



Buat Sendiri Kerabu Maggi

Rasanya lebih puas hati jika buat sendiri kerabu maggi dan bahan-bahan boleh letak lebih.  Makanan laut yang kita suka pun boleh letak lebih macam dalam gambar iklan di shopee dibawah.

Kerabu maggi nampak lebih menarik dan sedap.



Kerabu Maggi Thai

Bahan-bahan untuk buat Kerabu Maggi Thai

3 bungkus Maggi Thai/Siam

4 biji buah tomato cerry - dibelah dua

1 batang lobak merah - dihiris

1/2 kobis putih - dihiris

1/2 kobis unggu - dihiris

1/2 labu bawang besar (guna bawang besar Holland) 

3 biji cili api - dihiris (jika suka pedas boleh letak lebih) 

1 sudu sos ikan (jenama puteri)

1 sudu air asam limau

3 serbuk rempah maggi thai / siam - (yang ada dalam peket maggi, 1  digunakan untuk rebus makanan laut. 2 paket untuk tabur/gaul dalam kerabu).

Segenggam daun ketumbar (kalau suka boleh letak lebih)

Bahan-bahan makanan laut: 

Sotong, Udang, Fish cake, Crab stick, Fish ball (Nak sedap letak lebih makanan laut yang anda suka)

Cara-caranya: 

1. Panaskan air untuk merebus makanan laut, Masukkan 1 paket rempah maggi Thai/siam. Tunggu hingga air menggelegak.     Jangan rebus terlalu lama, keluarkan makanan laut dan letak didalam bekas.

2. Kemudian rebus maggi Thai/siam, bila sudah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk memudahkan proses menggaul kerabu.

3. Kemudian masukkan fish cake, fish ball, crab stik (rebus sebentar sahaja, rebus secara berasingan)

4. Air rebusan jangan dibuang. Jika suka boleh celur sayur-sayuran seperti lobar merah 

5. Kemudian campurkan semua bahan tersebut dengan hirisan sayuran tadi.

6. Akhir sekali, masukkan 2 paket perasa, sos ikan, air asam limau gaul hingga sebati dan siap untuk dihidangkan 


Maggi Yang Sedap Digunakan Untuk Buat Kerabu Maggi Thai


Maggi Serda Warna Merah Tomyum Shrimp, Rasa masam tomyam asli, pedas, khusus untuk buat kerabu maggi.

Ia sesuai digunakan untuk buat kerabu maggi kerana magginya kenyal dan sedap.

Kalau anda guna maggi lain tak menjadi kerabu anda nanti.
Tip's: Jangan rebus maggi Serda terlalu lama! jika maggi terlalu kembang kerabu anda akan lembik, rasanya juga tidak sedap !

Selamat Mencuba!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180