Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

Maksud Bacaan Tahiyat Awal Dalam Solat

$
0
0
Tahiyat Akhirبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai Pembaca semua... Bonde nak kongsikan tentang  Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu

Maksud Bacaan Tahiyat Awal Dalam Solat





Khusyuk Semasa Solat 


Imam Al-Ghazali memetik ayat Allah yang bermaksud: “Dirikan solat untuk mengingati-Ku” (surah Ta Ha, ayat 14) serta hadith-hadith Rasulullah bagi menunjuk dan menghuraikan betapa perlunya ‘menghadirkan hati’ dan khusyuk semasa solat.


Untuk ini adalah penting pengamal solat memahami dan menghayati apa yang dibaca dalam solat.


Fahami Bacaan Dalam Solatmu


"Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. " ( Surah Al-Mukminum: ayat 1-2) 


Solat adalah rukun Islam yang setiap Muslim wajib menunaikannya Lima waktu sehari. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud "Dirikan solat untuk mengingati-Ku" (Surah Ta Ha: ayat 14) 


Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu menggunakan Bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai untuk segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat. 


Jaga Solat Untuk Kesejahteraan Keluarga


Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.


Rasulullah SAW meminta ibu bapa mendidik anak mereka melaksanakan  solat sejak usia kanak-kanak lagi.


Berdasarkan sebuah hadis riwayat Abu Dawud, daripada Amru bin Syu’aib, daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun, maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka.”


Maksud Bacaan Tahiyat Awal Dalam Solat


Untuk sesi ulangkaji pembelajaran kali ini, iaitu Maksud Bacaan Tahiyat Awal Dalam Solat






Maksudnya :


Segala ucapan selamat yang diberkati dan doa-doa yang baik-baik semuanya untuk Allah.  Selamat sejahtera ke atas kami wahai Nabi dan semoga kamu mendapat rahmat dan keberkataan Allah.  Selamat sejahtera atas dan juga hamba-hamba-Nya yang soleh.  Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah.  Wahai Allah! Anugerahkanlah Kesejahteraan ke atas (Nabi) Muhammad.


Duduk Antara Dua Sujud



Tahiyyat Awal






13 Rahsia Rukun Solat


1. Niat

Memelihara taubat kita dari dunia hingga akhirat

2. Berdiri Betul

Meluaskan Kubur ketika mati

3. Takbiratul Ihram

Sebagai pelita menerangi kita di dalam kubur

4. Al-Fatihah

Sebagai pakaian yang cantik dalam kubur

5. Rukuk

Sebagai tikar kita di dalam kubur

6. Iktidal

Mendapat minuman dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

7. Sujud

Memagari kita ketika menyeberangi titian Siratul Mustaqim

8. Duduk Antara Dua Sujud

Menaungi panji-panji Nabi di dalam kubur

9. Duduk Antara Dua Sujud (Akhir) 

Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar

10. Tahiyat Akhir

Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukankan oleh Mungkar dan Nankir di dalam kubur


11. Selawat Nabi

Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur

12. Salam

 Memelihara kita di dalam kubur


13. Tertib

Penemuan kita dengan Allah swt


6 Tip Khusyuk Dalam Solat


1. Fahami Bacaan Dalam Solat

2. Membersihkan diri Bersuci

3. Mamakai Pakaian Kemas Dan Bersih

4. Solat dalam suasana, Selesa Dan Bersih

5. Fokus Mata Di tempat sujud

6. Selesaikan dahulu Hadas kecil dan besar sebelum solat






Fahami Bacaan Dalam Solatmu


Buku ini menyediakan panduan bergambar cara solat yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat.

"Sangat menarik dan mudah untuk diamalkan, InsyaAllah"






Mudah-mudahan kita lebih dapat memahami erti bacaan dalam solat,  Buku ini sesuai untuk peringkat umur.

Bagi anda yang berminat dengan buku ini, boleh dapatkannya di Beg Kuning yea.  Moga perkingsian ini memberi manfaat dan sama-sama kita perbetulkannya.


@bonde_aisheteru JAGA SOLAT UNTUK KESEJAHTERAAN KELUARGA Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam. Rasulullah SAW meminta ibu bapa mendidik anak mereka melaksanakan solat sejak usia kanak-kanak lagi. Berdasarkan sebuah hadis riwayat Abu Dawud, daripada Amru bin Syu’aib, daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun, maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka.” DAPATKAN BUKU KOMBO SOLAT SEKELUARGA #fahamibacaansolatmu#fahamibacaandalamsolatmu#solat#rukunislam#asaskhusyuksolat#rukunislam#islam♬ Instrumen Sedih - Yuda pratama

Tahiyat Akhir

Untuk Pembelanjaran Seterusnya tantang Tahiyat Akhir 

Moga sesi ulangkaji ini dapat membantu solat anda menjadi lebih sempurna, InsyaAllah.

Jangan lupa kongsikan pada yang lain. 

 
~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180