Assalamualaikum...
Musim sekarang adalah musim hujan setelah berakhirnya musin jerebu di Selangor... dan kawasan sewaktu dengannya...
Untuk mempercepatkan proses pengeringan baju, bonde akan bawa ke kedai Dobi layan diri yang dekat dan berhampiran dengan rumah Bonde.
CLEANPRO EXPRESS 24 HOURS
Bayangkan dekat mana nak sidai baju kalau 4 bakul penuh... tak kan nak tumpang dekat rumah jiran, eh jiran nak sidai dekat mana pulak? mesti tak dapat bayangkan kannnn.
Bagi Bonde ini adalah 1 cara nak elak baju dari bau kepam sebab tak cukup kering...
Bila tak ada udara panas, baju semua akan bau kepam betul tak?
Basuh baju dirumah dan bawa baju untuk dikeringkan 2 beg ke Cleanpro, dekat mesin tu ada info 25 kg untuk RM 4.50 ( tak sampai 25 kg pon sebenarnya ) masa yang diperlukan adalah 25 minit sahaja.

Senarai Harga :
Cucian
9 kg - RM 5.00
14 kg - RM 6.50
25 kg - RM 11.00
Pengering
25 Minit RM 4.50
5 Minit RM 1.00