Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

Ada Apa Dalam Kapal Terbang Coach Airways ?

$
0
0

Assalamualaikum dan Selamat Malay Hai Pembaca Semua... Lama tak pergi Melaka, So bila bosan-bosan hujung minggu Bonde ajak Kanda jalan-jalan ke Melaka.

 Ada Apa Dalam Kapal Terbang Coach Airways ?

Sebelum ke Melaka, Bonde dah tengok ulang-ulang video dekat tiktok fyp tentang tempat baru di buka di Freeport A'Famosa Outlet ni, iaitu Coach Airways.  Rasa teruja pula nak pergi...




Coach Airways ni baru dibuka kepada umum pada 20 Mei 2023 dan Bonde dah sampai pada hari kedua iaitu 21 Mei 2023.  Hehehe crew ada maklumkan nanti akan ada majlis pembukaan secara rasmi kepada umum.  Pada anda yang berdekatan dan free bolehlah pergi nanti.






Waktu Operasi Coach Airways :


Dibuka pada jam 10.00 pagi dan tutup pada 10.00 malam.


Bonde pergi waktu petang masa ni... kena beratur lebih kurang 30 minit juga, nasib belah petang waktu tu tak panas sangat.  Dan kalau anda tak tahan panas bolehlah bawa kipas tangan atau kipas auto tu.  Disebabkan perasaan teruja nak masuk Boing 747 .. beratur tu tak rasa sangat kepenatannya hehehe.

Dekat pintu masuk tu nanti anda akan diberi tiket ala-ala boarding pass gitu.

Tentang Coach Airways


Coach Airways yang pertama di dunia, penerbangan no CA1941, berlepas dari Gate 747, Freeport A'Famosa Outlet



Masuk-masuk anda akan nampak kepala kapal... Bolehlah duduk bergambar disitu.  Ruangan Pertama ini adalah lebih kepada OOTD.






Penumpang boleh berseronok melawat kokpit dan mengambil 
'penerbangan mewah' anda sendiri


Atendan penerbangan akan berjalan di sekitar kabin untuk menawarkan barang-barang ketibaan terkini Beg, Kasut, Pakaian dan Coach Airways Eksklusif dengan diskaun sehingga 60% diskaun pada hari pembukaan nanti.






Bahagian kedua pula adalah bahagian membeli belah barangan Coach terkini, yang terdapat di outlet dan butik coach.







Tergoda dengan beg coach yang nih... simpan niat nak beli satu nanti :)

@bonde_aisheteru Apa Yang Ada Dalam COACH AIRWAYS ? COACH AIRWAYS yang pertama di dunia, penerbangan no CA1941, berlepas dari Gate 747, Freeport A'Famosa Outlet Atendan penerbangan akan berjalan di sekitar kabin untuk menawarkan barang-barang ketibaan terkini Beg, Kasut, Pakaian dan Coach Airways Eksklusif dengan diskaun sehingga 50% diskaun. 👜Boutique Collections 👜Outlet Collections Coach Cafe ☕️Minuman Panas dan Jus 🍹boleh didapati untuk dihidangkan di Coach Cafe. Penumpang boleh berseronok melawat kokpit dan mengambil ' penerbangan mewah' rasai sendiri Jalan-jalan, berehat dan nikmati penerbangan Dapatkan Tiket Udara PERCUMA anda sekarang & Terbang dengan Gaya dengan Coach Airways #flyinstyle#coachairways#freeportafamosaoutlet#melaka#shopping#outlet#Sale#coach#coachhandbag#coachlovers#coachcollection#coachlife♬ Powerful songs like action movie music - Tansa

Bahagian Terakhir adalah Coach Airways Cafe





Minuman Panas dan Jus boleh didapati untuk dihidangkan di Coach Cafe.


Jalan-jalan, berehat dan nikmati penerbangan

Dapatkan Tiket Udara PERCUMA anda sekarang & Terbang dengan Gaya dengan Coach Airways

#flyinstyle #coachairways #freeportafamosaoutlet #melaka #shopping #outlet #Sale

#coachairways #coachairwaysmelaka #coach #coachlover #melaka #melakahawau #melakapremiumoutlet 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180