بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Foodpanda Menawarkan Bungkusan Barangan Runcit Pakej Rahmah Mampu Milik kepada Rakyat Malaysia
Pandamart foodpanda akan menghantar barangan keperluan harian dengan penjimatan yang ketara menjelang musim perayaan Aidilfitri.
Foodpanda, salah satu platform penghantaran makanan dan barangan runcit terkemuka di Malaysia, akan menawarkan dua bungkusan barangan runcit. Pakej Rahmah pada kadar yang lebih rendah bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Pandamart - kedai runcit foodpanda yang direka untuk membawa kemudahan pelanggan dalam masa kurang daripada 30 minit - akan menawarkan dua bungkusan barangan runcit pada harga RM50 dan RM30 untuk masa yang terhad. Inisiatif ini juga menjanjikan penjimatan
sehingga 25% untuk pembeli yang ingin mendapatkan tawaran terbaik semasa sesi membeli-belah barangan keperluan harian mereka.
“Kami berharap tawaran Pakej Rahmah kami dapat meringankan beban rakyat Malaysia berikutan kenaikan harga barangan, dan juga persiapan mereka untuk musim perayaan Hari Raya akan datang”, kata Pengarah New Verticals Malaysia, Afzan Lutfi.
Pakej Rahmah adalah inisiatif Kerajaan untuk menggalakkan pasar raya supaya menawarkan diskaun atas barangan keperluan seperti barangan runcit, produk pembersihan diri dan keperluan lain kepada isi rumah Malaysia.
Pakej Rahmah boleh didapati di pandamart terpilih termasuk:
● Lembah Klang
● Cyberjaya
● Bangi
● Johor Bharu
● Pasir Gudang
● Ipoh
● Georgetown
● Bayan Lepas
● Kota Bharu
● Kuala Terengganu
● Alor Setar
● Kuantan
● Seremban
● Melaka
