Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

Renew Pasport Tak Sampai 30 Minit

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selama Petang, Hai semua pembaca... Ada info yang menarik nak Bonde Kongsikan dengan anda semua.  Sebelum ni Bonde rasa seperti bercinta nak pergi renew Pasport Malaysia (Buku Merah) secara online sebab ramai yang merunggut kena beratur lama.

Selepas membuat permohonan secara 'online' anda kena ambil di Pejabat Imigresen terdekat secara 'walk in' pula.

'Walk in' pula kena datang awal pagi selepas subuh (ada juga yang berkampung dekat depan imigresen) Bila jam 8.00 pagi kaunter dibuka beratur ambik nombor giliran dan bila kaunter dah buka tak sampai 30 minit nombor giliran dah habis.  Kalau nombor dah habis kena datang hari esoknya.  

Ya Allah agak mencabar situasi nak renew pasport ni ya!

Nombor pula hanya limit 300 sehari.  Masa yang diambil untuk menunggu adalah 5-6 jam untuk ambil pasport.  


Renew Pasport Tak Sampai 30 Minit


Bonde memang berdoa agar tahun 2023 ini proses untuk renew Pasport ini dipermudahkan selain dari sistem online yang diperkenalkan sejak tahun 2022.  Memang tanam dalam hati, tak akan renew jika proses yang sama dibuat.  Hanya jika  waktu kecemasan baru lah Bonde renew.

Alhamdulillah info dari kawan-kawan mengenai renew pasport secara 'walk in' diperkenalkan Bonde terus laju untuk pergi renew.



Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pembaharuan Pasport

1. Kad Pengenalan
2. Pasport yang telah tamat tempoh
3. Bayaran RM 200.00 (guna kredit kad / debit kad sahaja)

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Pasport

1. Kad Pengenalan
2. 1 Salinan Kad Pengenalan
3. Bayaran RM 200.00 (guna kredit kad / debit kad sahaja)


Pejabat Pasport KLIA Akan Dibuka :


Berita baik untuk anda semua, Pejabat Pasport KLIA di Long Term Car Park KLIA akan dibuka esok 19 Januari 2023 secara rasminya kepada umum.



Pasport Siap Dalam Masa 20 Minit


Syukur Alhamdulillah juga... proses sangat pantas hanya 20 minit sahaja masa yang diperlukan. Anda boleh pulang dengan gembira, tanpa penat menunggu lama.


Tapi... proses kami jadi 30+ minit sebab Bonde kena tukar tudung.  Sebab warna tudung yang Bonde pakai kurang gelap.  Nasib pergi berdua dengan 'bestie' jadi senanglah kami tukar tudung sesama kami sahaja. 

Tips : Bagi yang bertudung hendaklah mengenakan tudung warna hitam atau biru gelap.


Moga dipermudahkan urusan anda semua... Good Luck and Happy Holiday.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180