Salam Selamat Malam,
Malam ni Bonde nak kongsikan 1 Info berkaitan :
KEINDAHAN & KEISTIMEWAAN MAKHLUK ALLAH YANG DINAMAKAN KUCING
Kucing :
1~ Penghilang Stress :
Dengan membelai kucing yang sedang 'purr' akan menenangkan & mengurangkan tekanan.
2~ Kesihatan Jantung
Risiko diserang sakit jantung dikalangan pemilik kucing adalah 40% lebih rendah berbanding orang yang tiada kucing.
3~ Penyembuh Luka
Getaran yang mampu memulihkan luka dalaman
4~ Memulihkan Otot
Bunyi "Purr" yang dihasilkan mampu memulihkan jangkitan dan pembengkakan otot.
5~Disponea
'Purr' mengurangkan risiko serangan Disponea
6~ Kesihatan Tulang
Frekuensi 25-50Hz merupakan yang terbaik manakala 100-200Hz frekuensi kedua terbaik dihasilkan sewaktu 'purr' kerana ia membantu meningkatkan tahap kesihatan Tulang!!
7~ Tekanan Darah
Berinteraksi dengan kucing & mendengar mereka 'Purr' sangat membantu dalam menurunkan kadar tekanan darah.