Tonton Drama Demi Rindumu Assalamulaikum dan Selamat Malam... Hai reader semua, sekarang ni anda tengah layan drama apa? Bonde tengah layan drama adaptasi novel 'Demi Rindumu' karya Diya Jamal di slot MegaDrama Astro Ria. Drama Demi Rindumu ini dilakonkan oleh Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim dan Elvina Mohamad. Drama terbitan Zamriez Golden Picture, arahan Haris Fadilah. Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Tonton Drama Demi Rindumu
JUDUL : DEMI RINDUMU
EPISOD : 16 episod
PENGARAH : Haris Fadzillah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PENGARAH : Haris Fadzillah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
WATAK PELAKON DEMI RINDUMU
Sean Lee sebagai Haznik
Janna Nick sebagai Nurhana
Norman Hakim sebagai Nasrul
Elvina Mohamad sebagai Rania
Azri Sabri sebagai Izlan
Mustapha Kamal sebagai Hussin / Hassan
Raja Norbaizura sebagai Mariam
Hafeez Mikael sebagai Muzaffar
Riz Amin sebagai Johar
Sherry Ibrahim sebagai Suraya
Aleza Shadan sebagai Aida
Fazli Daniel Ali sebagai Irwan
Qazem Nor sebagai Fadhil
Naim Shamsul sebagai Aditya
Janna Nick sebagai Nurhana
Norman Hakim sebagai Nasrul
Elvina Mohamad sebagai Rania
Azri Sabri sebagai Izlan
Mustapha Kamal sebagai Hussin / Hassan
Raja Norbaizura sebagai Mariam
Hafeez Mikael sebagai Muzaffar
Riz Amin sebagai Johar
Sherry Ibrahim sebagai Suraya
Aleza Shadan sebagai Aida
Fazli Daniel Ali sebagai Irwan
Qazem Nor sebagai Fadhil
Naim Shamsul sebagai Aditya

SINOPSIS DEMI RINDUMU
Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan.
Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.
Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.

~ Bonde Senyum Riang ~