Sebab Tergoda Wanpaku Sandwich Jom Tengok Resepinya Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua... Akhirnya Bonde terjumpa juga resepi Wanpaku Sandwich nih.. Sebenarnya ini bukanlah hasil air tangan Bonde, tapi Bonde google resepi nih untuk cuba buat nanti. Sebab tengok ramai yang tayang hasil air tangan buat Wanpaku Sandwich ... Bonde memang suka makan sandwich, selalunya kalau pergi subway Bonde akan pesan set sandwich roti oat, turkey dan sayur semua letak... sos pula akan sweet onion, sedikit mayonis, sos cili, sos bbq dan tousand island, eh tak boleh jadi ni, kena juga cuba buat sendiri Wanpaku Sandwich, sebelum tu jomlah tengok resepi dan bahan-bahannya dibawah.
Sebab Tergoda Wanpaku Sandwich Jom Tengok Resepinya
Cara Nak Buat Wanpaku Sandwich |
Wanpaku Sandwich atau Wanpaku Sando merupakan cara terbaharu orang di Jepun mengamalkan diet yang sihat. Bila lihat sahaja rupa Wanpaku Sandwich ini, pasti anda akan terliur kerana kepadatan isi yang dikepit bersama roti wholemeal. Memang packed! Namun, pengambilan Wanpaku Sandwich ini ternyata dapat mengenyangkan perut dalam jangka masa yang panjang.
Oleh itu, ini adalah perkongsian resepi Wanpaku Sandwich yang telah viral di laman media sosial. Nampak macam menarik!
1. WANPAKU SANDWICH TUNA
Cara Nak Buat Wanpaku Sandwich |
Roti wholemeal
Isi tuna tin (yg ada mayonis)
Tauhu goreng(guna olive oil)
Ayam rebus(rebus bersama garam)
Telur hancur
Salad
Kobis ungu
Carrot
Susun lah selang seli macam tu..pastu balut belah dua.
2. WANPAKU SANDWICH AYAM GRILLED
Cara Nak Buat Wanpaku Sandwich |
Roti wholemeal
Ayam grill(blend bawang merah+bawang putih+serai+stevia(pengganti gula) + cili kering blend
Garam (tuk perapan)
Tauhu
Bean merah
Mayonis(kewpie pink)
Kobis ungu
Carrot
Salad
3. WANPAKU SANDWICH AYAM GRILLED 2
Cara Nak Buat Wanpaku Sandwich |
Roti wholemeal
Ayam grill
Telur mata kerbau
Mayonis(kewpie)
Kobis ungu
Salad
Carot
susun macam biasa ea..
4. WANPAKU SANDWICH AYAM GRILLED 3
Cara Nak Buat Wanpaku Sandwich |
Roti wholemeal
Ayam grill
Telur hancur (digaul mayonis kewpie)
Salad
Kobis ungu
Carrot
5. WANPAKU SANDWICH SARDIN
Cara Nak Buat Wanpaku Sandwich |
Roti wholemeal
Sardin
Ayam rebus(garam)
Telur hancur
Bawang merah slice
Salad
Kobis ungu
Carrot
Selamat mencuba!
Terima kasih pada tuan empunya resepi, moga anda murah rezeki diatas perkongsian ini, terima kasih.

~ Bonde Senyum Riang ~