Gubahan Sirih Junjung Simple Assalamualaikum Dan Selamat pagi, Hai reader semua, Selamat Berhujung minggu. Dah lama tak asah bakat mengubah, tibalah masanya buat hantaran sempena Majlis anak buah, ada beberapa dulang hantaran yang Bonde buat bersama dengan dua anak buah lagi. Dekat bawah nih Bonde kongsikan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat :
Gubahan Sirih Junjung Simple
![]() |
Gubahan Sirih Junjung Simple |
Bahan-bahan yang diperlukan Gubahan Sirih Junjung Simple :
- Daun sirih secukupnya lebih kurang 100 helai
- 2 jenis bunga (ikutlah tema warna yang anda suka)
- Lidi
- Span basah
- pelilit warna hijau
- dawai
- alas kayu
Cara-Cara Buat Gubahan Sirih Junjung Simple :
Maaf bonde tak sertakan gambar satu persatu yea, sebabnya terlupa masa tu nak ambik gambar. Bonde just tuliskan disini. Harap anda semua dapat bayangkan! "next time" bonde sediakan gambar satu persatu yea.
- Basahkan span terlebih dahulu, kalau beli yang belum ready dibasahkan. kalau dah siap beli yang basah bolehlah letak atas alas kayu secara menegak, ikat dengan dawai siap-siap bagi stabil.
- ambik dawai cucuk dibahagian tengah dauh sirih, ulang sehingga 50 keping daun sirih bila dah penuh lilitan dawai tu ikat dawai matikan siap bahagian bawah.
- ambik daun sirih lipat ke dalam dan pinkan ke span basah ( ini adalah untuk tutup sekeliling span basah, buat sampai span tidak kelihatan, boleh tindih-tindihkan daun tu )
- ambik daun sirih lilitkan ke lidi guna pelilit hijau tadi (buat dalam 20 batang)
- setelah siap cucukkan ke span dari bawah ke atas hingga penuh sekeliling
- cucukkan bunga halus putih
- cucukkan bunga kekwa pula diselang seli ikut kreatif anda
- simple jerkan... dah siap
Tips Gubahan Sirih Junjung Simple
- Jangan pilih daun sirih yang tua sebab mudah pecah bila dicucuk
- Basahkan daun, letak dalam mangkuk atau baldi tutup dengan kain basah
- Ikatkan dawai dan matikan dawai ketat-ketat supaya tidak terbuka

~ Bonde Senyum Riang ~