Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2181

Menikmati Seafood Segar Di Restoran Sisik Ikan Bakar Bandar Botanic Klang

$
0
0
Asaalamulaikum dan Selamat Pagi,  Hai reader semua... Kalau anda ke Klang  tak tahu nak makan dekat mana? malas nak ronda-ronda tempat makan sedap dekat Klang, ada baca info yang ingin Bonde kongsikan dibawah dan anda tak perlu tercari-cari lagi dimana nak makan dekat Klang ni?? lama nanti, sudahnya anda terpaksa menunggu lama untuk makanan anda tu nanti... sudahnya kelaparan... Apa kata anda scroll kebawah dan tengok dulu apa yang Bonde kongsikan ini menarik tau...

Menikmati Seafood Segar Di Restoran Sisik Ikan Bakar Bandar Botanic Klang



Restoran Sisik Ikan Bakar yang terletak di Jalan Kasuarina 1/ks7, Bandar Botanic Klang. Untuk info anda Restoran Sisik Ikan Bakar ini terletak betul-betul di hadapan bangunan GM Klang (seberang jalan sahaja).


Restoran ini mula beroperasi setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang untuk Masakan Asli Melayu dan untuk malam pula dari pukul 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam untuk Masakan Seafood dan Ikan Bakar...  jadi anda ada dua pilihan untuk makan pada siang atau pon malam..

Suasana Restoran juga sangat selesa dan ruang sangat luas, sesuai kalau nak datang dengan family dan kawan-kawan.  Pada pandangan mata Bonde Restoran ni muat kapasiti untuk 100 orang dan lebih.

Aneka Seafood dan Makanan Laut

Sebelum makan, anda haruslah pilih seafood yang hendak dimasak terlebih dahulu, seperti biasa harga semasa mengikut gram/kilogram, anda bolehlah pilih banyak mana yang hendak dimasak mengikut jumlah yang hadir bersama anda masa tu.

Menu pula memang sudah  yang disediakan. Seefood tyang telah dipilih bolehlah beritahu menu yang anda nak makan.  Apa yang Bonde nampak seafood dekat sini memang sangat-sangat segar antaranya ialah Kerang,Sotong
Udang,Ketam,Telur Ikan, Kupang, Pepahat dan Lala



Ikan juga ada pelbagai jenis seperti :


Ikan Tetuka, Ikan Daun Baru, Ikan Lampam, Ikan Bawal, Ikan Talapia, Ikan Siakap, Ikan Cencaru, Ikan Kembong dan Ikan Merah



Aneka Ulam-Ulaman

Nasi  Lemak Sisik Buluh Perindu

Sementara tunggu menu seafood masak Bonde nak perkenalkan Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu adalah menu istimewa disini, anda boleh pilih untuk makan dengan lauk yang disediakan didalam kuali seperti Ayam Masak Merah, Sambal Udang, Rendang Ayam dan Sambal Paru Goreng Nusantara.  Untuk ubah citarasa anda, Nasi Lemak Buluh Perindu ini juga boleh dimakan bersama Ikan Bakar.

Menu Nasi  Lemak Sisik Buluh Perindu






Cara memasak  Nasi  Lemak Sisik Buluh Perindu


Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu ini  adalah Nasi Lemak yang dimasak menggunakan daun Pandan dan dibungkus dalam daun pisang dan dimasukan kedalam buluh dan dikukus dalam pengukus.  Ini membuatkan nasi sentiasa panas dan wangi.  Bau wangi tu buat selera bangkit dan rasa sangat ummmmpph!


Set Hidangan Nasi  Lemak Sisik Buluh Perindu

Menu Masakan Seafood Yang Telah Siap

Alhamdulillah tibalah masanya untuk makan seafood pula, Bonde kongsikan dengan anda menu apa yang telah dimasak untuk seafood-seafood segar yang telah dipilih awal-awal tadi.


Pepahat Tumis Pedas


Udang Goreng Berempah


Sambal Lala


Sotong Bakar


Bawal Masak Asam


Ikan Bakar Lampam 


Seafood Singgang


Kailan Ikan Masin


Ulam-ulaman

Review Dari Bonde Untuk Masakan Restoran Sisik Ikan Bakar

Bagi Bonde pengemar masakan pedas memang menu-menu yang dipilih kena dengan citarasa Bonde, sebab semuanya ada guna cili api dan juga cili kering,  Kalau anda yang tak suka makan pedas anda boleh order menu yang lain contoh sweet sour.

Keselesaan Restoran Sisik Ikan Bakar 

Bagi Bonde keselesaan makan dekat sini 5/5 ada banyak meja dan kerusi dan kedai luas dan yang penting bersih dan kemas dan ianya tersusun mudah nak pilih seafood dan ikan.  Servis pula tip top... staff sangat cepat membantu masa ambil oder.

Harga Masakan Restoran Sisik Ikan Bakar

Harga adalah standart sama macam dekat Restoran lain yang ada hidangkan seafood, Seafood akan ikut harga semasa.  Bagi Bonde yang penting kesegaran seafood tu sendiri.

Anda boleh juga memesan menu makanan mengikut Set ianya lebih jimat. seperti dalam menu dibawah :



Air Minuman 

Ada Pelbagai air minuman yang boleh anda oder kalau dah rasa boring minum sirap limau tu.. Oderlah jus pulak.. mengoda jer Bonde tengok airnya.







Baiklah. Kalau anda nak tahu lebih detail tentang Restoran ini, Info lanjut boleh layari media sosial dibawah :



Alamat :   Restoran Sisik Ikan Bakar, No 32 Jalan Kasuarina 1/ks7
               Bandar Botanic, 41200 Klang Selangor. (waze Restoran Sisik)

Whatsapp : 019-2263004 /016-2240474


~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2181

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.