Assaamualaikum Dan Selamat Malam.. Hai reader semua... Bonde nak kongsikan dengan anda semua info menarik tentang floria 2019. Floria 2019 sedang berlangsung mulai 31 Ogos 2019 hingga 8 September 2019 bertempat di Taman Botani Putrajaya. (Tahun ini floria bukan di tapak yang lama bersebelahan Masjid Besi tau)
Apa yang menarik di Floria 2019?
Kredit pic fb Perbadanan Putrajaya
Majlis Perasmian RFP 2019 disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Kredit pic fb Perbadanan Putrajaya
LOCATION MAP FLORIA 2019 DI TAMAN BOTANI PUTRAJAYA
Kredit pic fb Perbadanan Putrajaya
Bonde bertugas di Booth Floria 2019
Sebelum ni Bonde datang Floria hanya sebagai pengunjung tapi tahun ini Bonde kena bertugas pula. Pengalaman indah jaga booth menerima ramai pengunjung yang benar cintakan flora dan fauna nampak keterujaan mereka disitu.
Tahun ini Majlis Perbandaran Sepang turut menyertai Royal Floria Putrajaya . Disamping memeriahkan lagi program anjuran Perbadanan Putrajaya ini, Majlis Perbandaran Sepang turut dapat mempromosikan lagi Tahun Melawat Sepang 2020 kepada semua pengunjung yang hadir.
Semua dijemput hadir ke tapak pameran Majlis Perbandaran Sepang di Program Floria Diraja, Putrajaya 2019!!



PROMOSI TAHUN MELAWAT SEPANG 2020

Atan nama maskot sempena Tahun Melawat Sepang

Produk Sepang Replika Buah Naga

Replika Avani Sepang Gold Coast
BONGSAI DAN ORKED
Tahun ini tema bunga ialah Bongsai dan Orked, Bonde paling suka bunga orked tau.. jadi dekat bawah ni, Bonde sharekan gambar-gambar orked yang sempat Bonde ambil semasa Bonde bertugas hari tu... cantik tak?
Bonde sempat merakamkan gambar pengunjung-pengunjung pada hari Bonde bertugas hari tu...
Kalau anda semua datang bergambar di booth kami jangan lupa kongsi di sosial media anda dengan menggunakan # dibawah yea.. terima kasih :)
#MajlisPerbandaranSepang
#BersihHijauSejahtera
#DaerahSepang
#TahunMelawatSepang2020
#TMS2020
#VisitSepang2020
#SepangGerbangNegara
#BersihHijauSejahtera
#DaerahSepang
#TahunMelawatSepang2020
#TMS2020
#VisitSepang2020
#SepangGerbangNegara
Best patner On duty...
VIEW BOOTH MPSEPANG PADA WAKTU MALAM
Waktu siang bunga berkembang dengan cahaya matahari, Waktu malam bunga bersinar dengan cahaya lampu... pemandangan tetap cantik dan menarik siang atau malam, pilihan di tangan anda nak datang siang atau malam.

INFO HARGA TIKET MASUK KE FLORIA 2019
Kredit pic fb Perbadanan Putrajaya
Pembelian tiket Royal FLORIA Putrajaya 2019 secara online Klik link di bawah :
LOKASI TEMPAT LETAK KERETA FLORIA 2019
Kredit pic fb Perbadanan Putrajaya
Info dari FB Page Perbadanan Putrajaya terdapat 9 kawasan parking yang berhampiran dengan Taman Botani Putrajaya.
1. Kompleks E
2. Dataran Pahlawan
3. Kompleks B
4. Laman Perdana
5. B13 (Dataran Putra)
6. Taman Putra Perdana
7. Istana Melawati
8. Pusat Rekreasi Air
9. Kelab Tasik Putrajaya
Anda juga boleh memilih untuk drop off atau parking di salah satu kawasan dan menaiki shuttle bas yang akan disediakan secara PERCUMA!
Perkhidmatan teksi air iaitu perahu dondang sayang juga disediakan kepada pengunjung yang berkunjung ke Taman Botani Putrajaya melalui Jeti Cruise Tasik Putrajaya, Presint 1 dan Jeti Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8. Pilihan di tangan anda.
Jangan lupa beli tiket online bagi mengelakkan kesesakan beratur di kaunter tiket FLORIA.
Makluman lanjut boleh layari : https://www.facebook.com/putrajaya/

~ Bonde Senyum Riang ~