Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

Jom Sama-sama Sokong Produk Muslim

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai reader semua, Bonde nak kongsikan dengan anda semua Jom sama-sama kita sokong produk muslim, Sudah lama Bonde nak kongsikan produk-produk keluaran Muslim sebelum ini, cuma belum berkesempatan lagi. Pada masa yang sama Bonde dan keluarga cuba melatih diri untuk sama-sama beli hanya Produk keluaran Muslim.  Nasib baik sekarang  mudah untuk kita semak  senarai pengeluar produk-produk muslim ni! hanya klik dihujung jari sahaja.. terus dapat infonya he he he . Sebenarnya dah lama Bonde pratikkan beli produk muslim  antaranya yang menjadi pilihan Bonde setiap kali membeli barangan dapur adalah dalam senarai dekat bawah Bonde.

Jom Sama-sama Sokong Produk Muslim

29 SENARAI PENGELUAR PRODUK-PRODUK MUSLIM

Kalau anda nak tahu Senarai Pengeluar Produk-Produk Muslim adalah seperti dibawah nih:- 

1. Saji
2. Ramly
3. MFI
4. Ayamas
5. Adabi
6. Bidara
7. Bernas
8. Halagel 
9. Alif
10.Faiza
11. Pertima 
12. Sufi
13. Mu'min
14. Juara
15. Jalen
16. AzZainMart
17. Brahim
18. FGV
19. Sunquick
20. Tamin
21. KFC
22. HAUSBOOM
23. LESONG
24. AGRO MAS
25. HPA 
26. ORANG KAMPUNG
27. PASARAYA IKWAN
28. MUDIM
29. MYDIN


SENARAI PENGELUAR MINYAK PRODUK-PRODUK MUSLIM

Bonde memang suka memasak kalau dirumah jadi Minyak kena selalu ada stok. 


SOKONG minyak masak anak tempatan melayu bumiputera Islam:

a. Saji (Felda)

b. Tiara (Felda)

c. Alif (SimeDarby)

d. Olife (SimeDarby)

e. Adela Sunflower (Felda)

f.  Adela Canola (Felda)

g. Cap Tiga Udang (Jenis Paket – Felda)

Jenama minyak yang selalu Bonde beli dirumah ialah jenama Alif.

PRODUK-PRODUK MUSLIM YANG ADA DI PASARAYA TERKENAL

Anda nak beli produk-produk runcit muslim tapi tiada Az-Zain, Ikhwan Mart dan lain-lain halal mart di tempat anda?

Jangan risau, jadual ini menyenaraikan jenis produk runcit muslim utama yang ada dijual di pasaraya-pasaraya terkenal!


IKLAN BESAR TEPI HIGHWAY

Baru-baru ni Bonde ada ternampak iklan besar tepi highway,  tentang DAG anda tau tak? DAS Abdul Global ni pengeluar bantal gebu tau.  Bonde memang suka kalau tido guna banyak bantal rasa selesa kalau ada banyak banal. Bagi Bonde dekat kepala kena ada, kiri kanan kena ada.. memang suka peluk bantal sentiasa kalau dekat atas katil tu memang bantal ada banyak walau yang tido atas katil tu hanya dua orang.  Lepas tu bestnya peluk bantal yang gebu!


Gigih nak tau tentang DAG ni Bonde try google dekat internet.. nak ulang sekali lagi... kan semua dihujung jari sekejap jer dan dapat info dan apa yang Buat Bonde rasa terkejut rupanya produk DAG ini milik Produk Muslim.  Hebat pengeluar produk DAG ni Kan!  bukan calang-calang pengeluar setanding dengan yang dah popular dekat pasaran tu...


BUTIRAN PRODUK DAG

H-Class koleksi bantal 4 Bintang. Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang asma.Lembut & gebu - dibuat dari bahan yang empuk. Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Selesa dan tidak panas Mudah untuk dicuci & dijaga.Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang sebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik.Boleh dibasuh menggunakan washing machine.
Material :

Polyester (Fiber) Hollowfill Lembut, selesa dan tidak panas. Anti Alergik ,Serap Haba untuk mengelakkan bantal tidak berbau. Ketahanan : 6 bulan – 1 tahun Penjagaan : Boleh di basuh menggunakan mesin basuh.

Bonde rasa, Bonde kena ada juga Bantal macam ni... nak surveylah mana nak dapatkannya.

~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180