Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, apa khabar? Ramai wanita diluar sana memang punyai minat yang sama macam Bonde tak? Suka kumpul Tupperware! Bonde bukan suka kumpul dan buat perhiasan jer tau! Bonde gunakan selalu dirumah dan dipejabat memang Bonde selalu gunakan! Bonde nak kongsikan dengan ada semua info menarik menggenai Tupperware yang perlu anda tahu!

FAKTA TUPPERWARE
1. Tupperware dicipta oleh Earl Tupper pada 1938

Apabila syarikat lanskap miliknya ditutup ketika zaman “Great Depression”, dia bernasib baik kerana terjumpa sebuah kilang plastik dan membeli beberapa mesin acuan dan mula mencuba-cuba di rumah. Tetapi, produk Tupperware hanya mula boleh didapati selepas perang dunia ke-2
2. Rekaan tudung diilham dari tin cat
Model ini mampu memberi keadaan yang kedap udara dimana ianya penting untuk mengekalkan kesegaran makanan
3. Produk pertama Tupper adalah Wonderbowl dimana ianya ikonik dengan “tudung sendawa”
Tupperware yang asli terkenal dengan bunyi sendawa apabila tudungnya ditutup. Pengiklanannya sangat terkenal sehingga ianya digunakan di dalam rancangan TV.
4. Produk Tupperware asalnya gagal di pasaran kedai-kedai.
Pengguna tidak faham penggunaan tudung menyebabkan ianya gagal (ramai yg tak faham, mudah je kot bukak tutup tudung). Tupperware kemudian menukar strategi dengan mengadakan “Tupperware parties”

5. Parti Tupperware yang pertama diadakan pada 1949 oleh seorang ibu tunggal di Detroit.
Brownie Wise berjumpa dengan Tupper dengan idea agar mengadakan perjumpaan dimana pelanggan boleh ditunjuk bagaimana produk Tupperware berfungsi. Pada 1952, konsep itu berjaya dan Tupper mengambil langkah untuk menarik produknya dari kedai dan dijual melalui parti.

6. Guinness Book of World Records menamakan Tupperware sebagai salah satu ciptaan paling terbaik pada abad ke 20.
Rubik kiub dan Walkman juga tersenarai tetapi bukan komputer.

7. Hari ini di seluruh dunia, parti Tupperware diadakan setiap 1.4 saat
Walaupun anda berfikir cara ini sudah lapuk, tetapi ianya masih dijalankan diseluruh dunia. Lebih 500,000 parti Tupperware dijalankan setiap tahun di Perancis.
8. Ianya masih merupakan industri berbillion dollar
Pada 2014, Tupperware Brands Corp menjana 2.61 billion dollar tahunan.
Sumber: Good House Keeping Us
:Housebeautiful/ Anna Zambeli (2015)
KATALOG TERBAHARU OGOS 2019

Nota:
TIP PENJAGAAN TUPPERWARE
Salah satu sebab mengapa ibu-ibu rasa nak hempuk kepala kalau Tupperware mereka dihilangkan oleh anak & suami. Kualiti tinggi tu dan ada sentimental value "koleksi limited edition"

~ Bonde Senyum Riang ~