TONTON FULL EPISOD DRAMA SETELAH TERLAFAZNYA AKAD Assalamualaikum Dan Selamat Petang, Hai reader semua... Lama dah Bonde tak update pasal drama, sekarang ni Bonde layan drama Setelah lafaznya akad. Drama ini diadaptasi dari novelis Anna Milia bolehlah cari novel ni dekat MPH book store dan Popular book store. Baiklah Drama ni ada 28 episod sahaja. Malam ni adalah episod yang ke 23, ada berbaki 5 episod, tak lama lagi.. tamatlah kisah Hanan dan Nawal dalam drama ini. he he he
Baca Online : SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan. Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing.
“Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni.” – Hanan
“Beres!” – Nawal Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri. Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok apabila dia jatuh cinta berkali-kali dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan. Untuk itu, dia perlu menjadi wanita sempurna di mata lelaki itu. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya dan anak mereka.
INFO UNTUK DRAMA SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
Tajuk : Setelah Terlafaznya Akad
Mula Tayangan : 17 Jun 2019
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam
Siaran : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
Terbitan : Juita Viden Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 28
Pelakon: Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari
TONTON FULL EPISOD DRAMA SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
Kalau anda terlepas untuk menonton drama ini dan nak tengok secara online Bolehlah ke klik link dibawah yea .

~ Bonde Senyum Riang ~