CAHAYA RAMADAN TEMA BUFFET BANGI RESORT HOTEL Assalamualaikum dan selamat malam, Hai reader semua.. Hari ini sudah 2 Ramadan, ingin Bonde Kongsikan dengan anda semua keenakkan Buffet Ramadan dekat Bangi, iaitu Bangi Resort Hotel. Bonde kali pertama menikmati Buffet Ramadan dekat sini memang puas hati, ada macam-macam menu yang sangat menarik.
Pilhan menu Buffet Cahaya Ramadhan di Restoran Funtasia ini pula disediakan lebih dua ratus pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa. Daripada hidangan pembuka selera yang dipamerkan diatas 'Ferris Wheel' setinggi 12 kaki hingga Kambing Golek Bakar, Satay Malaysia dan BBQ ala Mongolia.
CAHAYA RAMADAN TEMA BUFFET BANGI RESORT HOTEL
Bonde haruslah cuba, sebab peminat gulai kawah, sampai-sampai jer dah nampak sederet gulai kawah,, terus terja nak makan!
Pilihan pemanis mulut yang pelbagai jenis ada seperti Ais Kacang dan Cendol, Kuih muih yang di masak secara langsung memang sangat teruja buat tak sabar nak rasa! nampak semua sedap belaka! Selain dari itu ada gelato! apa yang menariknya gelato ini, ianya di hidangkan berlainan perisa setiap hari. Dekat Buffet Cahaya Ramadan ini memang banyak pilihan kuih muih tradisional dan aneka pilihan kek dan juga buah-buahan.
ROBOT BARISTA!
Jika tahun lepas Buffet Cahaya Ramadan ada tarikkan robotnya yang boleh menghasilkan nasi goreng dengan pantas! Tahun ini pula, Tarikan istimewa buffet Ramadan dekat sini ialah Robot Barista bernama "Robie" yang boleh sedikan aiskrim dan minuman berasaskan coffee Disebabkan tak menyabar untuk menekan tab menu kena sound dengan Kanda.. alamak. Bonde tak lepas peluang merasa Ice cream dangan coffee latte yang di buat oleh Robie nih... zaman moden sekarang senang betul.. semua kerja menjadi lebih mudah.
UNTUK MINUMAN..
Ada pelbagai pilihan minuman untuk anda pilih, samaada suka yang panas atau yang sejuk.
Untuk makluman anda semua. Dapur Funtasia, Harmoni, Pastry dan bankuet adalah disahkan halal oleh Jakim jadi tak perlu risau yea.
Bagi anda yang berminat nak berbuka puasa dekat sini, apa lag? anda hendaklah membuat tempahan sekarang, Atau anda hubungi mereka untuk sebarang tempah.
Harga promosi
15 Mac - 15 April 2019
RM75.00+ (dewasa)
RM37.50+ (kanak-kanak)
Harga Pra Bayar
minimum 24 jam sebelum
RM90.00+ (dewasa)
RM45.00+ (kanak-kanak)
Harga Walk In
RM120.00+ (dewasa)
RM60.00 (kanak-kanak)
Untuk Tempahan
No Tel
03 8210 2222
Email
fb reservations@hotelbangi-putrajaya.com
Website
MENARIK...
Bagi setiap pelanggan dewasa untuk promosi Buffet Cahaya Ramadan, RM3.50 akan disalurkan ke tabung Islamic Relief Malaysia. Syukur Alhamdulillah sedikit sebantak moga dapat dimanfaatkan InsyaAllah..

~ Bonde Senyum Riang ~