Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

CITARASA NOSTALGIA BUFET RAMADHAN DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ

$
0
0
CITARASA NOSTALGIA BUFET RAMADHAN DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ Assalamulaikum dan Selamat Pagi Hai Semua... Diam tak diam kita sudah berada di bulan Mac tahun 2019, pejam-celik tak lama mana kita nak sambut bulan Ramadhan juga.. Seperti hotel-hotel lain, Summit Hotel Subang USJ tidak melepaskan peluang mengadakan promosi Bufet Ramadhan tahun ini bertemakan Citarasa Nostalgia.  Oleh itu Bonde buka tirai Bufet Ramadhan yang pertama CITARASA NOSTALGIA BUFET RAMADHAN DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ

CITARASA NOSTALGIA BUFET RAMADHAN DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ


Bufet Ramadhan tahun ini bertemakan "Citarasa Nostalgia" tema ini mengimbas kembali zaman dahulu.. tentunya rindu dengan masakan tradisional Malaysia dan tidak kurang juga ada masakan luar negara juga.



Promosi Bufet Ramadhan ini akan berlangsung dari 6 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019 untuk suasana yang lebih meriah lagi waktu berbuka anda , akan didendangkan oleh live band yang mendendangkan lagu-lagu Ghazal bagi menceriakan suasana Bufet Ramadhan.


MAKANAN DI SEDIAKAN OLEH CHEF TERKENAL

Bufet Ramadhan ini menu-menu masakan semua diketuai oleh Ketua Chef Sakya.

Chef Sakya mempunyai pengalaman lebih dari 26 tahun dalam industri masakan. Chef Sakya dan pasukannya akan melancarkan makanan hebat untuk anda nikmati merupakan lebih 200 jenis hidangan semasa promosi ini.

ANEKA CITARASA NOSTALGIA

Antara Aneka Citarasa Nostalgia ialah Sembilang Salai Lomak Omak Den, Kari Ikan Pecah Kepala, Kerutuk Ayam Kelantan, Rusuk Lembu Bakar Sos Meletop, Sambal Udang Tumis Mandi Petai dan Sayur Peria Tumis, Sayur Brocoli dan Lemak pucuk paku.. semua menu masakan ini dimakan bersama Nasi Briyani Kasih Bonda dan Nasi Pulau Pandan.












LEMANG, NASI IMPIT, KETUPAT PALAS DAN RENDANG AYAM

Lemang, Nasi Impit, Ketupat Palas dan Rendang Ayam Menu ini tak sah kalau tak makan masa berbuka, perasan nak raya tu... he he he

KAMBING GOLEK

Tak sah kalau pergi Bufet Ramadhan tak cuba.. Kambing Golek, Kambing golek kali ini, dihidangkan bersama kentang lenyek dan juga sos lada hitam yang berkrim.


KAUNTER MEE

Kaunter Mee mengidangkan Sup Gear Box yang popular, Sup lidah, dan beberapa jenis Mee seperti Mee Jawa, Laksa Asam, Bihun Su, Kue Tiow Sup, Mee Sup Kanter Mee ini terletak dibahagian atas.


Fav Bonde Bihun Sup.. Jadi kena try Bihun sup! ternyata Bihun supnya tidak mengecewakan...

YONG TAU FU

Bagi pengemar Yong Tau Fu anda boleh nikmatinya di Bahagian bawah.. Pelbagai jenis fish ball ada dan di hidangkan bersama sos pedas dan manis.

SATAY RAJA ALANG

Sememangnya Satay juga adalah makanan popular semasa Bufet Ramadhan di Summit Hotel Subang USJ ini menghidangkan Satay istimewa iaitu Satay Raja Alang Kauter satay terletak dibahagian atas.



Kaunter Satay ini turut  menghidangkan murtabak, roti pita dan roti kirai juga turut disajikan dengan masakan antarabangsa.


ULAM-ULAMAN

Kaunter Ulam-Ulaman ini menghindangkan Pelbagai jenis Kerabu, salad dan sambal, Bagi mereka yang memang mengemari makanan ini pasti teruja nak makan... he he he


KAUNTER BUAH-BUAHAN

Kaunter buah-buahan terletak dibahagian atas.. ianya menghidangkan pelbagai jenis buah-buhan tempatan.  Nangka madu menjadi tarikkan.. Bonde dah rasa memang manis sekali.. kebetulan duduk dekat dengan meja ni... jadi bolehlah repeat banyak kali hu hu hu



BISKUT RAYA

Terdapat juga biskut raya yang dihidangkan di Bufet Ramadhan ini.. Bolehlah makan sambil-sambil berborak dengan keluarga.

HIDANGAN PEMANIS MULUT

Pelbagai menu.. makanan penutup yang lazat aneka pencuci mulut untuk mengakhiri sesi makan anda ada cake, kuih muih tradisional, puding, sagu gula melaka dan lain-lain lagi.


KAUNTER AIR

Kaunter air ini terdapat di bahagian atas dan bawah.. ada pelbagai jenis air yang dihidangkan sejuk dan panas.


KEMUDAHAN SURAU UNTUK SOLAT

Jika anda ingin solat, ada disediakan surau di tingkat lima.

PROMOSI BILIK SUMMIT HOTEL SUBANG USJ

Summit Hotel Subang USJ mengambil kesempatan untuk menawarkan harga bilik istimewa pada harga RM188 termasuk hidangan sahur mewah untuk 2 orang pada Ramadhan ini.


PROMOSI TEMPAHAN

Bagi syarikat-syarikat yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara berkumpulan dan tempahan persendirian untuk lebih daripada 50 orang, crew Summit Hotel Subang USJ akan memantau majlis berbuka anda bagi memastikan majlis anda berjalan lancar dan baik. 

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan lanjut hubungi nombor tertera dibawah :

Telefon : +603 - 8023 3000 ext 3021



~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180