Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

SUKA SANGAT RAES COLLAGEN MIST MENYIHATKAN KULIT DAN MENINGKATKAN HIDRASI

$
0
0
SUKA SANGAT RAES COLLAGEN MIST MENYIHATKAN KULIT DAN MENINGKATKAN HIDRASI  Assalamualaikum dan selamat pagi... Hai reader semua, selamat kembali bertugas, siapa yang tak sambung cuti Tahun Baru Cina sila angkat tangan. macam Bonde cuti kali ni memang tak rancang nak kemana-mana.  Lagipun Kanda kerja jadi memang malaslah nak kemana-mana macam tak seronok pula nak bercuti berdua dengan Cik Fatin walau pon sekolah diberi cuti seminggu Bonde hanya jalan dekat-dekat sahaja.(Lagi pun Nilai sah ada AEON so jalan kesitu sahaja...) Masa cuti juga Bonde adalah buat aktiviti panjat kali ke dua Bukit Melati dan lengkapkan virtual run yang Bonde join sebelas round Mini Stadium MPSepang semua aktiviti ni buatkan kulit Bonde jadi kering macam kurang air... Eh panjang mukadimahnya... tapi ini berkaitan dengan apa yang Bonde nak kongsikan pengalaman Bonde menggunakan Raes Collagen Mist.  SUKA SANGAT RAES COLLAGEN MIST MENYIHATKAN KULIT DAN MENINGKATKAN HIDRASI

RAES COLLAGEN MIST MENYIHATKAN KULIT DAN MENINGKATKAN HIDRASI




INFO TENTANG RAES COLLAGEN MIST

Didaftar bawah Biro Pengawatan Farmaseutikal Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia


Diproses oleh kilang yang memiliki sijil halal Malaysia. Produk muslim dan bole digunakan tanpa was was


Diproses oleh kilang bertaraf GMP yang berkualiti tinggi demi memenuhi kehendak dan keselamatan pengguna


Formulasi daripada alam semula jadi dan kaya dengan pelbagai manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit

APAKAH KEBAIKAN RAES COLLAGEN MIST??

1. Menyihatkan kulit
2. Mencerahkan/memutihkan kulit
3. Melembutkan kulit
4. Menegangkan/menganjalkan kulit
5. Meningkatkan hidrasi
6. Anti kedutan
7. Mengurangkan jerawat
8. Menghalang pembentukan bintik hitam
9. Menyegarkan kulit
10. Mengatasi bakteria secara semulajadi
11. Membantu rejuvenasi sel kulit
12. Anti oksida
13. Meratakan tona kulit
14. Merawat kulit sunburn



CARA PENGGUNAAN RAES COLLAGEN MIST :

Pertama kalinya... buka penutup Raes Collagen Mist jarakkan 15 cm - 20 cm sembur ke muka.



Gunakan  Raes Collagen Mist samada sebelum atau selepas menggunakan makeup






Raes Collagen Mist ianya boleh di sembur pada bila-bila masa ikut keselesaan kita nak pakai bila.


REVIEW DARI BONDE TENTANG RAES COLLAGEN MIST

Pertama kali menggunakannya Bonde terus rasa selesa sekali.  Baunya yang sangat lembut, cecair semburannya tidak melekit.  Harga pula mampu milik dan selepas habis boleh repeat lagi.  Saiz yang comel nih memudahkan untuk Bonde bawa ia kemana-mana! lebih-lebih lagi kalau nak pergi travel, masukkan sahaja ke dalam handbag.  Kalau dekat opis tu petang-petang rasa mengantuk Bonde semburkan Raes Collagen Mist terus rasa segar.. Yeayyy!!

HARGA SEBOTOL RAES COLLAGEN MIST

RM 99.90 sebotol bersamaan 50 ml

Jika anda berminat untuk membeli Raes Collagen Mist  anda boleh contact nombor dimawah atau nak tengok testimonial produk anda boleh klik media sosial dibawah : 





~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180