MENIKMATI SEAFOOD FRESH D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM Assalamualaikum dan selamat pagi.. Hai reader semua... kebelakangan ini, Malaysia mengalami musim hujan dan cuaca yang sejuk, Kalau musim ni datang Bonde jadi "penyegan" kata orang utara mood malas on ha ha ha. Hujan-hujan ni datanglah mood malas dan mood lapar bergabung (oopps jangan tiru aksi ini). Anda sebenarnya tahu tak ada Restoran best dekat Shah Alam yang memberi inspirasi rajin anda tiba-tiba datang.. malas masak dekat rumah, anda jadi rajin masak pulak dekat restoran, bezanya anda tak perlu sediakan bahan-bahan yang hendak dimasak hanya pilih bahan ikut apa yang anda suka dan seterusnya anda masak di meja anda samaada hendak grill atau makan berkuah terpulang pada anda. Masak dan terus sahaja makan.. Ya Allah memang nikmat, bagi family Bonde, makanan Steamboat memang kesukaan kami lebih-lebih lagi makan semasa cuaca sejuk. MENIKMATI SEAFOOD FRESH D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM
MENIKMATI SEAFOOD FRESH D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM
🐚MENARIK TENTANG D'KAYANGAN STEAMBOAT 🐙
Apa yang menjadikan restoran ini lain dari yang lain kerana terdapat menu-menu dibawah:
🆙12 jenis seafood segar disediakan setiap hari
🆙Pelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh di pilih
🆙Menu 'rare' seperti ABC, aiskrim dan kek turut disediakan. Yummy!
🆙15 Jenis pilihan jenis sos
🆙2 pilihan sup seperti tom yam dan sup ayam
🆙24 jenis perapan yang terdiri daripada ayam, ikan, daging dan kambing
D'Kayang Steamboat terdapat dua pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk dinikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Kali ni kami memilih sup tom yam untuk menu rebus-rebus he hehe
Peralatan yang perlu ada semasa makan steamboat adalah... senduk sup dan penyepit untuk menu grill dan majerin. Majerin tu kena letak terlebih dahulu dekat hot pot tu kalau tidak nanti semua menu melekat tak syok nak makan dan bila letak majerin tu satu aroma membangkit selera akan terbit secara tak sengaja.
D'KAYANGAN STEAMBOAT APA YANG MENARIK?
Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah. Chef Shahnizam yang arif tentang rasa makanan telah membuat pembaharuan dengan menggunakan masakan stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya. Pengunjung boleh merasai sendiri kelainan perapan tersebut dengan bahan-bahan asli yang digunakan. Kesemua ini amat bersesuaian untuk dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratusdan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera.
Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut.
Mari Bonde bawa anda terjah dekat dalam apa yang ada dan menarik untuk anda nikmati nanti.
Pada peminat telur anda ada dua pilihan telur disini iaitu telur ayam dan telur puyuh.
Jika anda peminat tegar mee kering disini terdapat aneka jenis mee kering untuk anda pilih mengikut selera anda.
Kesukaan Bonde ialah Yee Mee dan So'un jadi kenalah ambik he he he
Pelbagai jenis buah-buahan juga terdapat disini. Kesukaan Bonde buah tembikai dan tembikai susu haruslah Bonde ambik he he he.
Pilihan minuman panas dan sejuk
Peminat sayur macam Bonde memang teruja nak pilih sayur-sayur segar geram jer tengok hijau-hijau nih!
Pelbagai pilihan fish cake, fish ball, dan sea food yang untuk dimakan seperti Yong Tau Fu
Ish..ish teruja nak memilih.. tak tau mana satu nak ambik ha ha ha
Ikan , daging dan ayam seafood yang telah di marinated
Udang Segar
Kupang Segar

Kepah segar
Pelbagai pilihan Sos Cili disediakan mengikut citarasa ada seperti Sos Pedas, Sos Thousand Island Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Fu
Terdapat juga pilihan makanan berat seperti nasi goreng
Nasi lemak dan mee kari
Sebahagian hasil dari pilihan kami tadi untuk di grill dan di masukkan dalam sup Tom Yam
Sebelum memulakan operasi mengrill dan mengesup ha ha ha (nampak sikit jerkan) tak per... tak perlu risau makan steamboat buffet kena rajin bangun dan top up apa yang rasa nak makan jangan ambik banyak-banyak lepas tu tak habis nanti anda kena caj sebab tak habis tau.
Hot pot dan grill kami sedang menjalankan tugasan, memasak menu pilihan kami.
Tukang masak yang diimport dari Rembau, (ha ha ha naseb budak hostel balik cuti wajib) suka betul Cik Fatin makan steamboat dan grill ni. Ini memang makanan kesukaannya. Lagi-lagi ada kambing happy betul dia boleh repeat banyak kali dan makan tanpa had. Banyak kali dia bertambah kambing merinated tu.
Sementara menunggu makanan kami masak kami selfielah dulu... he he he
Tadaaa menu yang telah masak tunggu sejuk untuk dingap he he he
Seafood tom yam
Ikan bawal grill
SPECIAL TEPPANYAKI
Selain dari menu-menu yang Bonde sebutkan diatas, ada juga menu tenpayaki dekat sini... pada yang suka makan teppanyaki boleh cuba makan dekat sini specialnye dimasak secara panas-panas daging dan sayuran semua segar .
PENCUCI MULUT
Sudah tentu pilihan Bonde ialah ABC dan Ice Cream
Pilihan Cake
D'Kayangan Steamboat menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 300-400 orang di bahagian ruang terbuka.
D’Kayangan Steamboat pernah menjadi pilihan beberapa rancangan TV popular dan viral tu...
Anda wajib datang ke Restoran Dkayangan Steamboat & Grill tau! Kerana :
✨'Refill' soup unlimited!!
✨Suasana makan yang tenang dan selesa sama ada dalam atau luar
✨Boleh bersantai bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.
✨Ruang parking luas dan banyak
✨Kemudahan Surau untuk wanita dan lelaki disediakan di dalam premis
Harga:
Dewasa RM33.00 nett
Kanak2 RM 12.50nett
Kanak2 bwh 4thn : PERCUMA !!
Macam mana nak datang ??? guna waze type :
Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)
Jom booking ramai-ramai, Click jer sungguh mudah
Alamat:
D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat,
No.1, Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam
40100, Selangor.
Waktu Operasi :
Isnin - Sabtu: 5pm hingga 1am
Ahad: 12pm hingga 12am
No. Telefon:
012 - 2971091
Media Sosial:

~ Bonde Senyum Riang ~