Assalamualaikum Dan Selamat Malam...
Ini adalah sesi terjahan kedua Bonde ke BookXcess ni, sebelum ini Bonde ada datang ke sini tapi... masa tu ada sebahagian tempat sedang di kemas dan terdapat bahagian sedang menjalankan kerja-kerja penyusunan buku.
BookXcess merupakan satu-satunya perpustakaan dan beroperasi 24 jam di Tamarind Square Cyberjaya. BookXcess sebuah rangkaian kedai buku dan penganjur pesta buku Big Bad Wolf (BLONDE), yang mencatat sejarah apabila ia melancarkan kedai buku 24 jam yang pertama di Malaysia. Terletak di Dataran indah Tamarind, Cawangan BookXcess baru dipercayai terbesar di negara ini, meliputi kawasan yang besar dengan 37,000 kaki persegi.
Buku-buku yang melebihi 500,000 tentang pelbagai topik, dengan kadar diskaun daripada 50 hingga 80 peratus yang lebih rendah daripada harga pasaran yang ditawarkan.
Di BookXcess ini, pelanggan yang datang ialah keluarga yang membawa anak-anak mereka dan juga pelajar Universiti di sekitar kawasan Cyberjaya dan Putrajaya yang datang ke BookXcess selain membaca dan membeli buku di BookXcess ini juga disediakan ruang untuk pelanggan yang datang di kalangan penuntut university, pelajar sekolah untuk membuat homework atau study group.
RUANG MEMBACA, STUDY DAN BUAT HOME WORK
RUANG SINGLE
RUANG STUDY GROUP
( pic dari sumber google)
RUANG SANTAI
Tadaaaa.... boring-boring duduk dekat bangku , Bolehlah duduk kat soft sofa ni... sambil baca buku boleh lunjur-lunjur kaki gituuuu ha ha ha
Eh.. eh ada pula yang nak bersantai-santai di situ ha ha ha
BUKU KANAK-KANAK
Di BookXcess ini memang banyak buku untuk kanak-kanak, ada banyak pilihan untuk buku aktiviti, buku mewarna, buku rujukan dan buku cerita.
MACAM MANA NAK DATANG KE BOOKXCESS TAMARIND SQUARE CYBERJAYA ???
Untuk datang ke sini anda waze sahaja BookXcess Tamarind Square pasti jumpa! Bangunan Tamarind Square ini memberi inpsirasi Hutan dalam bandar, anda pasti tenang disini... View dia memang sesuai untuk ambil gambar... Kalau nak tengok Bonde share lepas ni tau... stay tune...
Sign Board masuk ke BookXcess
Next time nak lepak-lepak dekat Cafe sambil coffee-coffee sambil baca novel juga... layan betul tak?
Untuk info lanjut anda klik laman web dibawah :

~ Bonde Senyum Riang ~