Assalamualaikum Dan Selamat Petang... Hai reader semua!
Penyakit lama datang balik, rajin membeli Happy Meal buat koleksi mainan... tabiat lama kalau pergi mekdi mesti nak usha mainan ni rasanya 10 tahun dulu sudah ditinggalkan! kali ni mainan dia best tau untuk anda yang ada anak girls-girls boleh beli happy meal dan dapat bekas comel warna putih dibawah ni untuk letak sekeping sandwich comel sangat. (He he he)
Sempena kempen bebas plastik telah tidak digunakan di Selangor eloklah dapat mainan happy meal yang macam ini.. sekurang-kurangnya boleh tapau roti atau biskut dekat dalam tu untuk anak-anak, sekurang-kurangnya mudah nak isi makanan bawa kesekolah. (princess sangat)
Gigihlah kirim dengan 'office mate' yang pergi sarapan dekat McDonals tapaukan 'happy meal' nih he he he.
MY MELODY SANDWICH SHAPING GAME
Info untuk anda yang nak pergi beli, My Melody yang tinggal hanya untuk Measuring Toy promosi sehingga 4 Oktober 2018 tapi anda boleh tanya dekat crew McDonals tu mana tahu ada lagi stok yang anda mahu.
Untuk keterangan lanjut anda Bolehlah intai-intai dekat link dibawah ni :
Boleh tengok dekat channel Utube berkaitan My Melody Happy Meal : https://youtu.be/exHzPEGlkTk
Laman Web : https://www.mcdonalds.com.my
Instagram :https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia/
Facebook : https://www.facebook.com/My.McDonalds/

~ Bonde Senyum Riang ~