Assalamualaikum Dan Selamat Malam...
Hai Reader semua, Selapas makan tengahari kami berangkat ke Pulau Nami..
Cerita hari ke dua kami ikut internary :
TAK SAH KALAU PERGI KOREA, TAK MELAWAT KE PULAU NAMI
SEOUL-NAMI ISLAND
Bonde memang teruja kali ini, nak ke Pulau Nami sebab utama nak ke situ adalah nak tengok pokok-pokok yang cantik dan dedaun bertukar ke warna merah, memandangkan waktu ini adalah musim luruh kebanyakkan pokok-pokok sudah berubah warna. Satu pemandangan yang indah dapat melihat pohon-pohon yang meninggi kehijauan menjadi kemerahan (sila bayangkan macam dalam Korean Drama tu ).
Ada dua cara untuk ke Pulau Nami iaitu:
TIKET KE PULAU NAMI ATAU NAMI ISLAND
Ferry KRW10,000 (RM35.00)Flying Fox KRW38,000 (RM120)
Untuk info pembaca semua, Kalau ikut trip travel agensi macam Bonde, semua sudah include dalam bayaran pakej. Sebab tu untung kalau ikut trip yang ada pakej dan semua telah termasuk dalam bayaran.
Dari jeti ke Pulau Nami mengambil masa dalam 15 minit sahaja pada musim ini, berbeza pada musim sejuk feri terpaksa membelah lautan ice dan perjalan menjadi lama sedikit lebih kurang 20-30 minit.
Dari lokasi ladang anggur begerak ke Pulau nami. Selamat tiba di Pulau Nami, On the way dari jeti ke Pulau Nami tiba-tiba hujan turun... agak lebat juga hujan pada masa itu, (kami redha sahaja hujan yang turun tu membawa Rahmat) setibanya kami sampai di Pulau Nami hujan beransur turun dengan pelahan dan terus berhenti alhamdulillah, jalan menyusuri taman-taman yang ada tidaklah terlalu basah agak kering tak licin macam sebelum ni control gerak langkah nak jalan sebab licin eh tu masa winterlah jalan berais memang licin)
Alhamdulillah dengan cuaca yang sangat cantik masih terasa kesejukkan maklumlah baru lepas hujan.. lagi pun cuaca di Korea ni mana pernah panas, walaupun musim panas tapi cuaca tetap sejuk juga.
Harapan musnah nak tengok pokok berdaun merah dan jingga kali ini, sebab waktu ini difahamkam masih di awal musim luruh, kalau dipertengahan bulan September barulah dedaun bertukar warna merah dan jingga.
Kali ni kami berpakat pakai baju kurung ke sini, bagi menunjukkan yang kami ni Malaysians ha ha ha tak adalah gitu... Nak cantik bergambar dekat sini, bila ramai-ramai bergambar pakai baju kurung cantik jerkan...
HAPPY BIRTHDAY KEKNIL...
Tahun ni, Kek Nil \sambut birthday dekat Korea tau... Seronok rasanya, sesekali kecoh dengan adanya birthday girl selaku pemandu pelancong bagi kami semua..
Ayu jerkan, berbaju kurung pink siap berpayung lagu he he he Happy Birthday Kek Nil, Moga diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurah rezeki.
SEJARAH NAMA PULAU NAMI
Pulau ini memiliki sejarah yang agak menyedihkan. Menurut cerita, nama Nami Island diambil dari nama seorang jenderal yang terkenal pintar, baik dan juga kuat. Ia adalah Jenderal Nami.
Sejak kecil, ia menunjukkan kepintaran yang luar biasa. Di usianya yang masih remaja, tepatnya 17 tahun, Nami sudah diangkat menjadi jenderal. Di usia 25 tahun, ia pun kembali dipercaya memegang jabatan penting. Di zaman sekarang ini, mungkin jabatan itu sama halnya dengan Menteri Pertahanan.
Sayangnya, kepintaran Nami membuat rakannya iri. Mereka mulai menyebarkan gosip bahawa sang jenderal ingin merampas posisi raja saat itu. Raja yang mengetahuinya pun langsung percaya dan menjatuhkan hukuman mati untuknya.
Tak sekadar hukuman mati, namun memenggal leher serta memotong tangan dan kakinya kemudian dibuang ke sungai. Masyarakat yang saat itu sedih atas kematian Nami mencari potongan demi potongan jasadnya dan menguburnya secara baik di pulau Nami. Untuk mengenangnya, setiap satu tahun sekali pun dibuat sebuah perayaan di pulau itu. Begitulah ceritanya.
ADA TUGU YANG SAMA SEPERTI TUGU KANG JOON SANG DAN JUNG YU JIN ADAKAH IA TUGU JENERAL NAMI
TEMPAT SHOOTING DRAMA WINTER SONATA : PULAU NAMI
Semua orang sudah tahu, tentang Drama yang menghantui pada waktu itu, kisah percintaan Kang Joon Sang dan Jung Yu Jin.. dalam Winter Sonata.
TUGU KANG JOON SANG DAN JUNG YU JIN
BELL-BELL : PULAU NAMI
Ada sejarah mengenai Belle-belle ini.. tapi tak sempat baca!TASIK TERATAI : PULAU NAMI
Musim ni bolehlah nampak pokok teratai dan bunga teratai berkembangan, Kalau masa winter hari tu memang tak nampak apa dalam tasik ni kecuali salji putih sahaja.
TERATAI
NAMINARA REPUBLIC CENTRAL BANK
Ni sebenarnya tempat bergambar, Ala-ala berlakon macam pi pejabat pos ha ha ha tunggukan surat ku kirim kepadamu
PICTURE BOOK LIBRARY : PULAU NAMI
Untuk kedatangan kali ini, Bonde tak masuk ke situ sebab sudah pernah masuk masa pertama kali pergi dahulu.
Dan bersebelahan tu ada Asian Cuisine kalau lapar bolehlah anda makan dekat sini, ada nasi goreng dan lauk sayuran. Restoran ni halal dan boleh dimakan untuk orang islam, dua kali pergi.. Dua kali tak makan dekat sini sebabnya dah kenyang makan dekat restoran sebelum sampai Pulau ni... he he he
MUSOLLA @ TEMPAT SOLAT : PULAU NAMI
Jangan bimbang nak Solat dekat mana kalau ke Nami nih.. Kalau anda nak singgah solat bolehlah solat dekat tempat yang disediakan berdekatan dengan Picture Book Library ni. Signboardnya besar dekat depan sukan boleh nampak!
Dedaun merah dan jingga... lama-lama jalan dekat sekitar Pulau Nami ni, ada jugaklah dapat tengok pokok-pokok yang daunnya bertukar warna.
TAMAN ARNAB
Comel arnabnya... jinak-jinak sudah biasa dengan pelancong-pelancong yang datang.
TUGU PULAU NAMI 2018
Kalau tahun sebelum ni.. Tuju diperbuat dari kristal ice , tahun 2017 pula berlainan pula temanya.. InsyaAllah tahun 2018 bolehlah tengok tuju ini.

TEMPAT MENARIK DI PULAU NAMI
1. ZIP WIRE/ FLYING FOX
Untuk yang berani dan sukakan aksi lebih ekstrem, boleh naik Zip Wire dari jeti Gapyeong terus ke Pulau Nami. Bayaran KRW38,000 untuk pengalaman ‘terbang’ sejauh 940 meter pada ketinggian 80 meter, selama 1 minit sahaja! pemandangan memang cantik dari situ dah boleh nampak dengan lebih jelas apa yang ada dari atas.
2. BERBASIKAL ALA WINTER SONATA
Anda boleh menyewa basikal dan kayuh mengeliling Pulau. boleh sewa yang single untuk naik secara solo dan boleh sewa yang double untuk naik berdua atau dengan pasangan nak cipta suasana romantik seperti dalam drama he he he ala-ala Jun-sang dan Yu-jin, jika ada duit lebih boleh sewa Electric Tri-way! tu yang canggihlah dekat situ he he he
3. MENAIKI KERETA API DAN SKY BIKE
Jika anda tak mahu berjalan kaki tak mahu penat, hendak santai-santai bolehlah naik Kereta Api dan Sky Bike.. Kereta Api ni ianya taklah berjalan laju mana, kereta api ni hanya dipandu santai-santai sahaja.
4. MERAKAMKAN GAMBAR DENGAN PEMANDANGAN YANG INDAH
Bonde buat pilihan berjalan sambil singgah-singgah mengambil gambar di sekitar kawasan Pulau Nami. Puas hati dapat explore semua sudut di Pulau Nami ni.
Selepas balik dari Pulau Nami, kami terus dibawa ke tempat makan dan ke tempat untuk kami bermalam pada malam itu...
Kredit pic:
KekNil, KakLaila, KakSofi, Kak Aisyah dan Honey.
Next Entri : Makan Malam dan ke Tempat Penginapan
Untuk keterangan lanjut tentang pakej anda boleh layari :
FB Fanpage : https://www.facebook.com/ziarah.sutera
Web : www.ziarahsutera.com

~ Bonde Senyum Riang ~